Author

Japar Norhaya

Date of Award

1-1-1994

Thesis Type

undergraduates

Document Type

Thesis

Divisions

antro

Department

Faculty of Arts and Social Sciences

Institution

Universiti Malaya

Abstract

Latihan ilmiah ini memheri penekanan kepada peranan dan kedudukan kaum wanita Melayu luar handar hari ini. Penekanan khusus adalah sekitar perubahan peranan wanita luar bandar dalam ekonomi dan kesannya kepada hubungan wanita dalam keluarga dan di luar rumah tangga. Saya memberi panduan kepada golongan wanita yang sudah berkahwin serta anak-anak perempuan mereka. Dalam bab satu, saaya mengemukakan pendahuluan serba ringkas mengenai kajian ini. Ini termasuklah bidang kajian, kajian-kajian lepas, masalah kajian dan kaedah-kaedah yang digunakan semasa menjalankan penyelidikan ini. Konsep dan teori juga dikemukakan dalam bab ini untuk dihubungkaitkan dengan masalah kajian ini. Dalam bab dua, seterusnya memberi serba sedikit latar belakang kawasan kajian seperti latar belakang sejarah, penggunaan tanah, ekonomi, sosial dan demografi tempat kajian untuk mendapatkan gambaran ringkas suasana di kampung ini. Seterusnya dalam bab tiga, penekanan dikhususkan kepada penglibatan wanita dalam sektor ekonomi. Aspek utama yang ditekankan ialah penglibatan mereka dalam kepelbagaian aktiviti ekonomi dan factor-faktor yang memungkinkan perubahan ini. Bab empat pula meninjau hubungan wanita keluarga dan bagaimana perubahan penglibatan wanita dalam ekonomi mempengaruhi tugas mereka sebagai suri rumah, isteri dan ibu selama ini. Dilihat juga hubungan wanita dengan jiran tetangga dan aktiviti sosial melalui saluran KEMAS. Sebagai rumusan, bab lima mengimbas kembali secara ringkas permasalahan yang dikaji serta penemuan-penemuan utama yang didapati hasil daripada kajian yang dijalankan ini. Dilihat juga sejauh manakah hujah dan saranan yang dikemukan sebelum ini adalah tepat di tempat kajian. Bab lima juga menenkankan faktor-faktor pendorong dan penghalang aktiviti seseorang wanita dalam ekonomi seperti taraf ekonomi, pelajaran umur wanita dan perubahan sosial yang berasaskan kepada masyarakat yang dikaji. Kemudian dibuat kesimpulan berdasarkan kajian dan penyelidikan oleh saya dan oleh pengkaji tempatan mahupun pengkaji Barat berhubung dengan aspek penyelidikan ini.

Note

Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Arts and Social Sciences, Universiti Malaya, 1993/1994.

Share

COinS