Date of Award
6-1-2021
Thesis Type
masters
Document Type
Thesis (Restricted Access)
Divisions
education
Department
Department of Language and Literacy Education
Institution
Universiti Malaya
Abstract
Penulisan karangan merupakan satu proses yang sukar dan rumit. Dalam penulisan karangan bahasa arab, para pelajar perlu menguasai perkara yang asas iaitu aspek tatabahasa. Antara tajuk yang perlu dikuasai oleh mereka ialah konsep tazkir wa ta’nith. Oleh itu, kajian berbentuk kuantitatif dan menggunakan teknik analisis dokumen ini dijalankan dengan tujuan untuk mengetahui tahap penguasaan para pelajar persediaan bahasa arab di Pusat Bahasa Arab Selangor terhadap aplikasi penggunaan tazkir wa ta’nith dalam penulisan karangan mereka. Data kajian diambil daripada transkrip jawapan penulisan karangan kesemua peserta kursus berjumlah 65 orang pelajar bagi ujian pertama dan kedua yang dijalankan. Bagi menjamin keesahan dan kebolehpercayaan analisis data, pengkaji telah menjalankan kajian rintis dan menggunakan kaedah semakan tiga orang pakar yang memenuhi beberapa kriteria. Pengkaji memperolehi sebanyak 768 penggunaan tazkir wa ta’nith dengan 577 penggunaan tazkir dan 191 penggunaan ta’nith telah dilakukan oleh para pelajar. Manakala, dari segi kesalahan tazkir wa ta’nith yang dilakukan oleh mereka secara keseluruhannya berjumlah sebanyak 101 kesalahan dengan 63 kesalahan bagi konsep tazkir dan 38 kesalahan bagi konsep ta’nith. Susunan kategori kesalahan mengikut kekerapan yang tertinggi adalah jumlah ismiyyah, al-sifah wa al-mausuf, al-mausul wa ‘a’iduhu, al-‘adad wa al-ma’dud dan jumlah fi’liyyah. Ringkasnya, pengkaji dapat menyatakan bahawa bilangan kekerapan kesalahan aplikasi tazkir wa ta’nith yang dilakukan oleh para pelajar persediaan adalah lebih rendah berbanding bilangan kekerapan aplikasi penggunaan tazkir wa ta’nith dengan kategori kesalahan yang paling kerap dilakukan oleh mereka ialah kategori jumlah ismiyyah.
Note
Dissertation (M.A.) – Faculty of Education, Universiti Malaya, 2021.
Recommended Citation
Muhammad Zahri, Abdul Karim, "Aplikasi tazkir wa ta’nith dalam penulisan karangan pelajar persediaan ke Timur Tengah / Muhammad Zahri Abdul Karim" (2021). Student Works (2020-2029). 792.
https://knova.um.edu.my/student_works_2020s/792