Date of Award

4-1-2021

Thesis Type

masters

Document Type

Thesis (Restricted Access)

Divisions

education

Department

Department of Educational Foundations and Humanities

Institution

Universiti Malaya

Abstract

Kemahiran melakar merupakan langkah yang paling pantas untuk mencatatkan idea. Namun untuk menyampaikan idea secara berkesan, penguasaan prinsip asas seni reka amat diperlukan. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti penguasaan kemahiran melakar semasa proses penghasilan karya seni visual dalam kalangan murid. Secara khususnya, kajian ini adalah bertujuan mengenal pasti tahap pengetahuan dan kemahiran murid dalam menghasilkan lakaran serta strategi pengajaran yang digunakan oleh guru untuk mengajar lakaran. Kajian ini menggunakan pendekatan kajian kes kualitatif. Seramai empat orang murid dan dua orang guru sekolah rendah terlibat dalam kajian ini. Peserta kajian dipilih secara persampelan bertujuan. Data dikumpul dengan menggunakan kaedah pemerhatian, temu bual dan kajian dokumen. Data dianalisis secara manual bagi mendapatkan tema kajian. Dapatan kajian menunjukkan kemahiran melakar murid adalah pada tahap baik berdasarkan penguasaan prinsip asas seni reka yang ditunjukkan seperti penggunaan garisan, warna, rupa dan bentuk, irama dan pergerakan, harmoni dan kepelbagaian. Kebanyakan murid dapat menunjukkan kemahiran psikomotor yang baik dalam menghasilkan lakaran melalui penggunaan peralatan melukis dan mewarna semasa mengolah idea. Murid juga boleh menggabungkan pelbagai jenis media kering dalam menghasilkan sebuah karya seperti pensel, pensel warna, arang, krayon dan soft pastel. Penguasaan murid yang baik dalam lakaran adalah disebabkan oleh pelaksanaan pelbagai strategi pengajaran dan pembelajaran guru. Guru didapati menggunakan kaedah pembelajaran autentik, kaedah imitasi, kaedah demonstrasi dan kaedah latih tubi di dalam kelas. Murid juga bebas untuk meneroka menggunakan pelbagai alat dan bahan yang dapat meningkatkan kreativiti dan minat mereka. Oleh itu, kajian ini mencadangkan supaya guru memberi penekanan terhadap kemahiran asas lakaran dan menyediakan aktiviti latih tubi yang bersesuaian kepada murid supaya murid dapat menghsilkan karya yang lebih berkualiti.

Note

Dissertation (M.A) – Faculty of Education, Universiti Malaya, 2021.

Share

COinS