Date of Award

2-1-2021

Thesis Type

masters

Document Type

Thesis (Restricted Access)

Divisions

deptedu3

Department

Dept of Educational Psychology & Counselling

Institution

Universiti Malaya

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji hubungan antara kepuasan kerja dengan kesejahteraan hidup guru prasekolah di negeri Selangor. Selain itu, kajian ini turut bertujuan untuk meninjau sama ada terdapat perbezaan signifikan di antara jantina dan umur terhadap kepuasan kerja dan juga kesejahteraan hidup guru prasekolah. Kajian korelasi yang bercirikan pengaruh (predictive features) digunakan dalam kajian ini untuk mengukur tahap hubungan antara kepuasan kerja dan kesejahteraan hidup guru. Kajian ini melibatkan set data 610 responden yang terdiri daripada responden perempuan adalah sebanyak 565 (92.6%), sementara responden lelaki adalah 45 (7.4%). Sampel kajian dipilih dengan teknik pensampelan rawak berkelompok kerana ianya lebih sesuai dimana kajian ini memilih kumpulan bukan individu. Dua instrumen Kepuasan Kerja Guru (TJSS-Teacher Job Satisfaction Scale) dan kesejahteraan hidup (PERMA-Profiler) telah diadaptasi bagi mengukur pembolehubah yang dikehendaki. Pengkaji menggunakan SPSS 23.0 untuk menganalisis statistik deskriptif, AMOS 18.0 pula digunakan untuk menganalisis model persamaan berstruktur (SEM). Keputusan SEM menunjukkan bahawa terdapat kesepadanan model bagi kepuasan kerja guru dan kesejahteraan hidup guru prasekolah di Selangor. Analisis SEM juga menunjukkan bahawa kepuasan kerja guru mempunyai hubungan dengan kesejahteraan hidup guru secara signifikan. Namun dapatan kajian juga menunjukkan sub-konstruk kepuasan kerja dengan murid tidak memberi kesan yang signifikan terhadap kesejahteraan hidup guru prasekolah. Analisis MANOVA menyatakan bahawa tidak ada perbezaan yang signifikan dalam kesejahteraan hidup guru prasekolah di negeri Selangor berdasarkan faktor jantina. Sebaliknya, keputusan menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan dalam kesejahteraan hidup guru prasekolah di negeri Selangor berdasarkan faktor umur. Ujian MANOVA yang dijalankan juga menunjukkan tidak ada perbezaan yang signifikan dalam kepuasan kerja guru prasekolah di negeri Selangor dengan faktor jantina dan umur. Dapatan kajian ini berimplikasi bahawa pihak yang bertanggungjawab seperti pentadbir perlu maklumat atau data kepada perkara-perkara yang boleh mewujudkan persekitaran yang positif di sekolah dan dapat meningkatkan kepuasan kerja guru dan kesejahteraan hidup guru prasekolah.

Note

Dissertation (M.A) – Faculty of Education, Universiti Malaya, 2021.

Share

COinS