Date of Award

11-1-2020

Thesis Type

masters

Document Type

Thesis (Restricted Access)

Divisions

deptedu3

Department

Department of Educational Psychology and Counselling

Institution

Universiti Malaya

Abstract

Perkembangan kemahiran motor kasar seseorang murid bermasalah pembelajaran bergantung kepada perkembangan otak, keseimbangan badan dan koordinasi badan. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji amalan latihan neuromotor yang terdiri daripada komponen keseimbangan, ketangkasan, gaya berjalan, proprioseptif dan koordinasi terhadap penguasaan kemahiran motor kasar dalam kalangan murid bermasalah pembelajaran. Kajian ini penting kerana pengukuran kemahiran motor kasar murid-murid bermasalah pembelajaran menggunakan instrumen latihan neuromotor yang tiada hasil penyelidikan didokumenkan di Malaysia. Rekabentuk kajian ini ialah Rekabentuk Subjek Tunggal ‘Single Subject Design’ A-B-A. Seramai 3 orang murid bermasalah pembelajaran berumur 7 hingga 11 tahun terdiri daripada pelbagai jenis ketidakupayaan seperti autisme, kurang upaya intelektual dan sindrom down yang mengikuti pendidikan di salah sebuah sekolah yang terletak ke PPW Keramat, Kuala Lumpur terlibat dalam kajian ini. Pengumpulan data dibuat dengan menggunakan borang rekod peribadi dan maklumat kesihatan dan borang latihan neuromotor. Dapatan kajian menunjukkan bahawa penguasaan kemahiran motor kasar murid bermasalah pembelajaran berada pada tahap yang sederhana. Perbezaan kecacatan mempengaruhi tahap keupayaan motor kasar murid bermasalah pembelajaran. Kesimpulannya, kajian yang menggunakan latihan neuromotor sangat diperlukan bagi membantu meningkatkan penguasaan kemahiran motor kasar dalam kalangan murid bermasalah pembelajaran.

Note

Dissertation (M.A.) – Faculty of Education, Universiti Malaya, 2020.

Share

COinS