Date of Award
9-1-2020
Thesis Type
masters
Document Type
Thesis (Restricted Access)
Divisions
education
Department
Department of Educational Psychology and Counselling
Institution
Universiti Malaya
Abstract
Kajian ini merupakan kajian kes tunggal (single case study) secara kualitatif yang dijalankan bagi mengenalpasti berkaitan dengan penggunaan boneka dalam pengajaran dan pembelajaran kemahiran literasi. Kajian ini akan memfokuskan kepada kemahiran literasi kanak-kanak iaitu mendengar, bertutur dan membaca. Tujuan kajian adalah bagi melihat kesan pengajaran guru menggunakan boneka sebagai bahan bantu mengajar dalam kemahiran literasi kanak-kanak. Reka bentuk kajian merupakan kajian kes satu tempat yang dijalankan di tabika KEMAS Kuala Lumpur. Kajian ini melibatkan seorang guru dan seorang pembantu pengurusan murid (PPM) yang dipilih menjadi responden dalam kajian ini. Data kajian diperolehi secara kualitatif dengan menggunakan kaedah pemerhatian, temu bual dan analisis dokumen. Keseluruhan data ini dianalisis secara manual dan tema yang dikeluarkan telah disemak serta disahkan oleh penyelia. Hasil daripada dapatan kajian mendapati pendekatan bermain sambil belajar menggunakan boneka yang digunakan oleh guru dapat membantu meningkatkan penguasaan kemahiran literasi kanak-kanak iaitu kanak-kanak boleh bercerita kepada guru dan rakan-rakan tanpa rasa malu serta yakin apabila menggunakan boneka, kanak-kanak boleh bersoal jawab dengan guru dan rakan dengan menggunakan boneka berbanding sebelum mereka menggunakan boneka. Kesimpulannya, dalam pengajaran menggunakan boneka adalah penting guru mempunyai pengetahuan, kefahaman dan kemahiran dalam mengendalikan boneka sebagai bahan bantu mengajar supaya dapat mencapai objektif dan matlamat pengajaran.
Note
Dissertation (M.A.) – Faculty of Education, Universiti Malaya, 2020.
Recommended Citation
Siti Nazriyah, Muhammad Nizam, "Penggunaan boneka dalam pengajaran dan pembelajaran kemahiran literasi di tabika / Siti Nazriyah Muhammad Nizam" (2020). Student Works (2020-2029). 478.
https://knova.um.edu.my/student_works_2020s/478