Date of Award
9-1-2020
Thesis Type
masters
Document Type
Thesis (Restricted Access)
Divisions
education
Department
Department of Educational Psychology and Counselling
Institution
Universiti Malaya
Abstract
Kajian ini adalah berkaitan penglibatan ibu bapa dan tingkah laku prososial kanak-kanak. Tujuan kajian ini adalah menentukan hubungan antara status sosioekonomi ibu bapa dengan enam dimensi penglibatan ibu bapa seterusnya hubungan antara dimensi penglibatan ibu bapa tersebut dengan tiga jenis tingkah laku prososial kanak-kanak empat tahun. Seramai 210 ibu bapa dan anak berusia empat tahun dan 16 orang pendidik awal kanak-kanak dari 13 buah taska yang dipilih secara rawak berstrata di bandaraya Shah Alam dan Petaling Jaya telah dilibatkan dalam kajian ini. Data kajian diperolehi menerusi dua set soalselidik untuk mengukur status sosioekonomi dan penglibatan ibu bapa yang dijawab sendiri oleh ibu bapa dan juga dari pendidik awal kanak-kanak yang berurusan dengan ibu bapa berkaitan dari segi penglibatan sahaja. Manakala satu lagi soal selidik yang dijawab oleh pendidik awal kanak-kanak untuk mendapatkan tahap penampilan tingkah laku prososial kanak-kanak terlibat semasa di taska. Analisis data menggunakan program SPSS 24.0 dengan kaedah analisis deskriptif dan kolerasi Khi Kuasadua, Pearson r serta regresi berganda. Hasil kajian ini mendapati status sosioekonomi ibu bapa tidak mempunyai hubungan yang konsisten dengan penglibatan ibu bapa. Penglibatan ibu bapa mempunyai hubungan signifikan dengan penampilan tingkah laku prososial kanak-kanak menerusi empat dari enam dimensi yang dikaji iaitu stimulasi bahasa, stimulasi akademik, daya respon dan kepelbagaian pengalaman. Dimensi yang dominan yang meramalkan penampilan tingkah laku prososial kanak-kanak empat tahun adalah dimensi stimulasi bahasa dan kepelbagaian pengalaman. Hasil kajian sangat bermanafaat sebagai panduan kepada ibu bapa terutama ibu bapa bekerja dan pendidik awal kanak-kanak yang turut berperanan besar dalam perkembangan social kanak-kanak dari segi meningkatkan dimensi penglibatan yang bersesuaian untuk meningkatkan penampilan tingkah laku prososial kanak-kanak.
Note
Dissertation (M.A.) – Faculty of Education, Universiti Malaya, 2020.
Recommended Citation
Sharifah Aini, Syed Tahir, "Hubungan penglibatan ibu bapa dengan tingkah laku prososial kanak-kanak empat tahun / Sharifah Aini Syed Tahir" (2020). Student Works (2020-2029). 476.
https://knova.um.edu.my/student_works_2020s/476