Date of Award
9-1-2020
Thesis Type
masters
Document Type
Thesis (Restricted Access)
Divisions
education
Department
Department of Educational Psychology and Counselling
Institution
Universiti Malaya
Abstract
Keupayaan kognitif adalah merupakan satu komponen yang terdapat di dalam bidang psikologi kognitif yang melibatkan pemahaman mengenai sifat semulajadi fikiran manusia. Manakala perkembangan kognitif kanak-kanak pula perlu dirangsang seawal mungkin kerana kognitif adalah komponen utama yang akan menentukan keseluruhan aspek perkembangan lain dalam diri seseorang kanak-kanak. Tujuan kajian ini adalah untuk melihat sejauhmana perbezaan keupayaan kognitif am kanak-kanak Prasekolah Kerajaan dan Swasta di sekitar Kuala Lumpur. Kajian ini mengenai keupayaan kognitif am yang melibatkan kajian kuantitatif bukan eksperimental yang menggunakan pendekatan kaedah tinjauan secara cross-sectional (cross-sectional survey). Dalam kajian ini seramai 121 orang kanak-kanak prasekolah kerajaan dan swasta berumur 5 hingga 6 tahun yang telah diambil sebagai sampel bagi mengenalpasti tahap keupayaan kognitif dengan menggunakan Instrumen Mc Charty Scales of Childrens Abilities (MSCA). Data dikumpulkan menggunakan instrumen Mc Charty Scales of Childrens Abilities (MSCA) dan dianalisis dengan menggunakan SPSS. Data deskriptif menunjukkan peratus keupayaan kognitif am kanak-kanak prasekolah kerajaan dan swasta berada pada tahap sederhana. Ini menunjukkan tahap keupayaan kognitif kanak-kanak prasekolah kerajaan dan swasta tidak berbeza secara signifikan. Data Statistik menunjukkan bahawa terdapat perbezaan signifikan bagi keupayaan kognitif berdasarkan pendidikan bapa dan pendidikan ibu. Tahap pendapatan ibubapa tidak memberi kesan kepada tahap keupayaan kognitif kanak-kanak prasekolah di Kuala Lumpur. Sebagai kesimpulan jenis jantina, tahap pendidikan ibubapa dan tahap pendapatan ibu bapa tidak memberi kesan terhadap tahap keupayaan kognitif kanak-kanak prasekolah kerajaan mahupun swasta.
Note
Dissertation (M.A.) – Faculty of Education, Universiti Malaya, 2020.
Recommended Citation
Nurul Rizuana, Zailan, "Keupayaan kognitif am kanak-kanak prasekolah kerajaan dan swasta di Kuala Lumpur / Nurul Rizuana Zailan" (2020). Student Works (2020-2029). 474.
https://knova.um.edu.my/student_works_2020s/474