Date of Award
8-1-2020
Thesis Type
Masters
Document Type
Thesis
Divisions
Cultural Centre (Faculty of Creative Arts)
Department
-
Institution
Universiti Malaya
Abstract
Kajian tentang karya Siri Sejadah mengikut konsep keindahan Melayu ini bertujuan untuk mencapai objektif kajian iaitu memahami makna dan juga mesej yang terdapat dalam kesenian seni reka sejadah. Kajian yang berfokus kepada enam karya Siri Sejadah oleh Fatimah Chik dilaksanakan dengan menggunakan kaedah deskriptif kualitatif. Data dan informasi yang diperoleh melalui teknik pengumpulan data primer dan diperoleh dari data sekunder. Data dianalisis dengan menggunakan teknik analisis dengan menjadikan teori Konsep Keindahan dalam Melayu daripada Ruzaika Omar Basaree sebagai rujukan analisis. Hasil kajian menunjukkan bahawa kepentingan motif dan corak Seni Melayu adalah sesuai untuk diimplementasikan sebagai ragam hias pada sejadah. Kajian ini secara praktikalnya memberi sumbangan ke arah kepentingan seni Sejadah sebagai satu seni yang perlu dihargai dan diangkat secara ilmiah Hasil dari kajian ini boleh dijadikan sebagai satu rujukan ilmiah kepada karyawan muda yang baru berkecimpung dalam dunia seni visual. Malah kajian ini boleh dijadikan sebagai garis pandu kepada pereka-pereka khususnya dalam industri seni reka tekstil untuk menghasilkan seni sejadah yang mempamerkan identiti Melayu sebagai seni hiasan sejadah.
Additional Information
Dissertation (M.A) – Cultural Centre, Universiti Malaya, 2020.
Recommended Citation
Ellina, Maruti @ Ezani, "Karya siri Sejadah Fatimah Chik mengikut konsep keindahan dalam Melayu" (2020). Student Works (2020-2029). 362.
https://knova.um.edu.my/student_works_2020s/362
Creative Commons License

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-No Derivative Works 4.0 International License.
Included in
Fiber, Textile, and Weaving Arts Commons, Fine Arts Commons, History of Art, Architecture, and Archaeology Commons
Comments
snms