Date of Award
6-1-2020
Thesis Type
masters
Document Type
Thesis (Restricted Access)
Divisions
education
Department
Department of Mathematics & Science Education
Institution
Universiti Malaya
Abstract
Janjang Aritmetik merupakan tajuk yang sangat penting bagi murid Tingkatan Lima yang mengambil matapelajaran elektif Matematik Tambahan. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengetahui pemahaman murid Tingkatan Lima tentang konsep dalam topik janjang aritmetik. Seramai empat orang murid Tingkatan Lima dipilih dalam kajian ini menggunakan kaedah persampelan bertujuan. Mereka belajar di sebuah sekolah menengah di Selangor. Kajian ini dijalankan berlandaskan teori konstruktivisme radikal. Kajian kes digunakan bagi mengumpulkan data melalui empat sesi temu bual klinikal yang melibatkan gambaran mental, perwakilan, makna dan penyelesaian masalah. Setiap sesi temu duga dirakam dengan alat perakam video. Data kajian dalam bentuk jawapan bertulis dan lakaran ditranskripkan ke bentuk tulisan mengikut kategori. Seterusnya analisis merentas kes dijalankan untuk mengetahui pemahaman murid Tingkatan Lima tentang konsep dalam topik janjang aritmetik secara kolektif. Hasil kajian mendapati gambaran mental tentang janjang aritmetik yang dimiliki oleh murid adalah pelbagai dan boleh dikelaskan kepada tiga tema: (i) situasi harian pola (ii) pola (iii) formula atau cara manual. Di samping itu, cara murid mewakilkan janjang aritmetik boleh dikelaskan kepada dua tema: (i) bahan konkrit (ii) naratif bahasa. Dalam pada itu, makna janjang aritmetik yang diberikan oleh murid dikelaskan kepada satu tema iaitu perbandingan. Murid mempamerkan tiga tema dalam penyelesaian masalah janjang aritmetik iaitu: (i) susunan (ii) graf garis lurus (iii) formula atau cara manual. Implikasi dapatan kajian ini dapat membantu antara lain dari segi pedagogi kepada guru dan pensyarah dalam mengajar tajuk janjang aritmetik dalam usaha untuk mengetahui, menarik minat dan meningkatkan pemahaman murid tentang konsep dalam topik janjang aritmetik.
Note
Dissertation (M.A.) – Faculty of Education, Universiti Malaya, 2020.
Recommended Citation
Siti Zaharah, Edwar, "Pemahaman murid tingkatan lima tentang konsep dalam topik janjang aritmetik / Siti Zaharah Edwar" (2020). Student Works (2020-2029). 252.
https://knova.um.edu.my/student_works_2020s/252