Date of Award
6-1-2020
Thesis Type
phd
Document Type
Thesis (Restricted Access)
Divisions
deptedu2
Department
Faculty of Education
Institution
Universiti Malaya
Abstract
Pemahaman tentang konsep ungkapan algebra penting bagi murid sekolah menengah kerana ia merupakan asas kepada pembelajaran matematik di peringkat menengah dan peringkat pengajian tinggi memandangkan kesukaran dalam pembelajaran algebra menjadi semakin kritikal. Kajian ini adalah untuk mengenal pasti pemahaman murid Tingkatan Dua tentang ungkapan algebra dengan berlandaskan konstruktivisme radikal. Penyelidikan ini menggunakan kajian kes sebagai reka bentuk kajian, yang membabitkan data berbentuk kualitatif. Peserta kajian membabitkan enam murid dari tiga kategori pencapaian akademik dengan menggunakan teknik persampelan bertujuan. Data kajian terkumpul melalui tiga sesi temu duga klinikal dengan menggunakan perakam video, catatan murid dan pengkaji. Data kajian dianalisis dengan menggunakan teknik analisis kualitatif yang merangkumi penyediaan data, penentuan unit makna, pengekodan, kajian rintis, pengekodan sebenar, semak semula, membuat kesimpulan dan menulis laporan. Perbincangan data bertumpu kepada tujuh aspek membabitkan gambaran mental, perwakilan, makna, hubung kait, komunikasi, penaakulan, dan penyelesaian masalah bagi ungkapan algebra. Dapatan kajian mendapati pemahaman murid dalam kajian ini tentang ungkapan algebra dibina sendiri dengan adaptasi pengalaman mereka melalui pengetahuan yang telah dipelajari dan perkara yang berada di persekitaran semasa murid.
Note
Thesis (PhD) – Faculty of Education, Universiti Malaya, 2020.
Recommended Citation
Azizah, Hamid, "Pemahaman ungkapan algebra dalam kalangan murid tingkatan dua / Azizah Hamid" (2020). Student Works (2020-2029). 248.
https://knova.um.edu.my/student_works_2020s/248