Date of Award
8-1-2024
Thesis Type
masters
Document Type
Thesis (Restricted Access)
Divisions
fac_eng
Department
Department of Fiqh and Usul
Institution
Universiti Malaya
Abstract
Allah S.W.T telah menganugerahkan taklif iaitu tanggungjawab dan tuntutan agama dalam bentuk syariat dan mewajibkan pelaksanaannya ke atas setiap mukalaf; individu Muslim yang baligh lagi sempurna akalnya. Kesempurnaan akal ialah sifat kelayakan yang dilihat berdasarkan fungsi dan penaakulan akal yang diperlukan demi melaksanakan dan memenuhi tuntutan taklif. Namun, diagnosis untuk mengenal pasti manifestasi gangguan mental skizofrenia adalah berpaksikan kepada pemerhatian jelmaan simptom pada pesakit. Ekoran setelah diagnosis adalah penilaian tahap keterukan gangguan simptom, dengan melihatkan kepada penjejasan yang diakibatkan oleh gangguan simptom terhadap aspek kehidupan dan fungsi normal manusia. Oleh itu, fokus kajian ini bertujuan untuk mengetahui keberkesanan mengguna pakai hasil dapatan penilaian tahap keterukan gangguan simptom dalam menentukan status kelayakan individu Muslim yang ditimpa gangguan skizofrenia. Kajian ini mengaplikasi metodologi induktif, deduktif dan perbandingan dalam menganalisa dua topik utama iaitu akal dan simptom skizofrenia. Peranan akal terhadap pelaksanaan taklif dan sempadan kerosakan akal telah dibangunkan demi menghuraikan batu asas kepada proses penaakulan yang diperlukan untuk melaksanakan taklif dan had kerosakan akal yang menghilangkan kelayakan mukalaf individu Muslim. Seterusnya, dapatan tersebut dibandingkan dengan skala penilaian tahap keterukan gangguan simptom iaitu Positive and Negative Syndrome Scale (PANSS) dan Brief Psychiatric Rating Scale (BPRS). Kajian mendapati gangguan simptom pada tahap 7 dan 6 adalah memenuhi sempadan al-junūn dan al-ʿatah bi-lā ʾl-tamyīz, gangguan simptom bertahapkan 5 dan 4 adalah selari dengan al-ʿatah bi ʾl-tamyīz sementara pada tahap 3, 2 dan 1 tidak mengakibatkan kehilangan akal. Sehubungan dengan itu, hasil dapatan daripada skala penilaian boleh digunakan untuk menentukan status al-ahliyyah pesakit yang mengalami gangguan skizofrenia.
Note
Dissertation (M.A.) – Academy of Islamic Studies, Universiti Malaya, 2024.
Recommended Citation
Ahmad Mustafa, Surdi Roslan, "Penentuan status ahliyyah pesakit skizofrenia berdasarkan skala penilaian tahap keterukan simptom / Ahmad Mustafa Surdi Roslan" (2024). Student Works (2020-2029). 1785.
https://knova.um.edu.my/student_works_2020s/1785