Date of Award
6-1-2024
Thesis Type
masters
Document Type
Thesis (Restricted Access)
Divisions
fac_eng
Department
Department of Shariah and Law
Institution
Universiti Malaya
Abstract
Perkahwinan yang sah dari sudut syarak ialah memenuhi kewajiban rukun dan syarat perkahwinan. Secara teori, prosedur perkahwinan mengenai pendaftaran perkahwinan serta hukumannya telah digubal menerusi Undang-undang Keluarga Islam. Malangnya, pelbagai isu masih timbul terhadap fenomena berkahwin tanpa kebenaran yang melibatkan masyarakat umum dan pelaku seolah-olah meremehkan perundangan kerana menganggapnya sulit untuk diikuti. Isu dalam menguatkuasakan kesalahan berkaitan perkahwinan tanpa kebenaran dari sudut bidang kuasa dan kredibiliti Pegawai Penguatkuasa Syariah turut timbul berikutan kesalahan ini dikategorikan sebagai kesalahan dalam pentadbiran sahaja. Oleh itu, kajian ini akan menghuraikan konsep kesalahan berkaitan perkahwinan tanpa kebenaran menurut syarak dan Undang-undang Keluarga Islam berdasarkan tiga (3) kategori kesalahan. Seterusnya, garis panduan, prosedur dan statistik kes penguatkuasaan kesalahan berkahwin tanpa kebenaran bagi menilai tahap keberkesanan serta isu dan cabaran yang wujud dalam menguatkuasakan kesalahan turut dikaji. Metode dokumentasi telah dianalisis secara kandungan dan metode temu bual semi struktur dianalisis menerusi metode analisis tematik. Hasil daripada statistik menunjukkan bahawa kecenderungan aduan dan siasatan kesalahan berkaitan perkahwinan tanpa kebenaran yang selesai adalah tinggi berbanding yang tidak selesai. Kajian turut mendapati empat (4) perkara yang menjadi isu dalam menguatkuasakan kesalahan berkaitan perkahwinan tanpa kebenaran berpunca daripada penguatkuasa dan masyarakat sehingga membawa kepada impak negatif penguatkuasaan kesalahan ini.
Note
Dissertation (M.A) – Academy of Islamic Studies, Universiti Malaya, 2024.
Recommended Citation
Siti Aishah, Borhanuddin, "Isu-isu penguatkuasaan kesalahan berkaitan perkahwinan tanpa kebenaran: Kajian di Bahagian Penguatkuasaan Syariah, Jabatan Agama Islam Negeri Johor / Siti Aishah Borhanuddin" (2024). Student Works (2020-2029). 1748.
https://knova.um.edu.my/student_works_2020s/1748