Date of Award

6-1-2024

Thesis Type

masters

Document Type

Thesis (Restricted Access)

Divisions

fac_eng

Department

Department of Shariah and Law

Institution

Universiti Malaya

Abstract

Statistik jenayah di Malaysia menunjukkan penglibatan kanak-kanak dalam perbuatan salah laku jenayah sivil seperti membunuh dan jenayah syariah seperti berkhalwat. Berikutan dengan jenayah yang dilakukan, undang-undang sivil dan syariah telah memperuntukkan hukuman kepada pesalah sebagai pencegahan dan pemulihan. Namun walaupun kedua-dua aspek jenayah sivil dan syariah dilakukan oleh golongan yang sama iaitu kanak-kanak, penetapan had umur yang diperuntukkan adalah berbeza. Hal ini seterusnya boleh mewujudkan ketidakadilan dalam institusi kehakiman serta pihak tertuduh. Objektif kajian adalah tertumpu kepada penelitian had umur kanak-kanak dan hukuman ke atas golongan ini jika melakukan kesalahan jenayah berdasarkan pensyariatan Islam serta undang-undang jenayah di Malaysia. Kajian ini seterusnya menganalisis isu dan cabaran berhubung penetapan had umur kanak-kanak dalam undang-undang jenayah sivil dan syariah. Penyelidikan berbentuk kualitatif dilakukan melalui kaedah dokumentasi, kajian doktrin undang-undang dan temu bual. Manakala penganalisaan data dilakukan secara deskriptif, kandungan dan tematik. Hasil kajian mendapati terdapat lima isu dan cabaran utama berkenaan dengan penetapan had umur kanak-kanak di Malaysia. Kedua-dua institusi kehakiman di Malaysia telah memperuntukkan had umur yang berbeza terhadap pesalah kanak-kanak. Justeru ketiadaan keseragaman ini telah menjadi isu signifikan dalam sistem perundangan negara. Selain itu, tiada peruntukan khas bagi kesalahan syariah oleh pesalah kanak-kanak sepertimana yang diwujudkan dalam undang-undang sivil. Isu “double jeopardy” turut mewujudkan percanggahan bagi jenis kesalahan dan bentuk hukuman jenayah sivil dan syariah. Kemudian kajian ini juga mengkaji beberapa isu yang menjadi kelemahan dalam peruntukan jenayah di Malaysia khususnya dalam undang-undang syariah. Kematangan akal kanak-kanak yang berbeza di antara satu sama lain juga menjadi cabaran dalam menentukan penetapan had umur. Justeru isu dan cabaran yang timbul seiring peredaran zaman ini menjadi justifikasi kepada keperluan untuk mengkaji dan menganalisis semula had umur kanak-kanak dalam kes jenayah di Malaysia, sama ada dari sudut undangundang sivil mahupun syariah.

Note

Dissertation (M.A) – Academy of Islamic Studies, Universiti Malaya, 2024.

Share

COinS