Date of Award

6-1-2024

Thesis Type

masters

Document Type

Thesis (Restricted Access)

Divisions

language

Department

Department of Malaysian Languages and Applied Linguistics

Institution

Universiti Malaya

Abstract

Brickfields ialah salah satu penempatan India yang tertua di negara ini dengan persekitaran kediaman yang sederhana. Baru-baru ini bandar ini, telah berubah wajah menjadi jalan berwarna-warni dengan kedai-kedai dan restoran India yang dimiliki oleh masyarakat India (Gupta , 2010). Brickfields ialah salah satu kawasan yang terletak di tempat utama di mana terdapat banyak bangunan komersial dan dikenali sebagai ruang awam yang menonjolkan unsur budaya kaum India. (Bawani, 2015). Tujuan utama kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti unsur budaya India yang terdapat pada papan tanda dan membincangkan ciri budaya yang mencerminkan budaya masyarakat India. Pengkaji telah mengumpulkan sebanyak 100 buah papan tanda di Brickfields Little India yang boleh dilihat secara jelas oleh para pelanggan. Data dianalisis dengan bantuan teori Ben- Rapfael & Bami, (2010) dan tujuh parameter yang digunakan oleh Supramani at.el (2013). Dapatan kajian mencerminkan bahawa terdapat tiga ciri budaya masyarkat India terdapat pada papan tanda iaitu bahasa, warna dan imej. Masyarakat India juga berpendapat bahawa papan tanda di Brickfields Little India mencerminkan unsur budaya.

Note

Dissertation (M.A.) – Faculty of Languages and Linguistics, Universiti Malaya, 2024.

Share

COinS