Date of Award

3-1-2024

Thesis Type

masters

Document Type

Thesis (Restricted Access)

Divisions

fac_eng

Department

Department of Fiqh and Usul

Institution

Universiti Malaya

Abstract

Penggunaan emas dalam produk telah digunakan secara meluas berikutan manfaat dan khasiatnya yang pelbagai. Ketiadaan penjelasan hukum berkaitan penggunaan emas dalam produk kosmetik, farmaseutikal dan makanan dari perspektif hukum Islam semasa khususnya buat golongan lelaki di Malaysia menjadi persoalan utama dalam kajian ini. Oleh itu, kajian ini membincangkan kedudukan emas dari perspektif hukum Islam serta mengenalpasti penggunaan emas dalam produk kosmetik, farmaseutikal dan makanan. Seterusnya, analisis hukum penggunaan emas dalam produk kosmetik, farmaseutikal dan makanan dari perspektif hukum Islam semasa dijalankan dengan menilai aspek sumber, tujuan dan manfaat serta implikasi penggunaan emas ke atas produk tersebut. Kajian ini memberi kepentingan buat pihak pengusaha produk berasaskan emas, pengguna khususnya golongan lelaki dan pengkaji seterusnya. Bagi mencapai objektif kajian, kajian kepustakaan yang menggunakan metode dokumentasi diaplikasikan dengan meneliti literatur daripada pelbagai sumber. Pengkaji turut menjalankan kajian lapangan dengan menggunakan metode temubual separa struktur bersama beberapa orang pakar syariah dan ahli akademik. Data yang dikumpulkan telah dianalisis menggunakan metode deskriktif dan kaedah tematik. Hasil kajian mendapati penggunaan emas dalam produk dibenarkan ke atas wanita manakala bagi golongan lelaki hukumnya merujuk kepada beberapa keadaan seperti telah mendapat pengesahan pakar dan dalam keadaan darurat. Sumber emas yang digunakan perlu menepati parameter yang telah ditetapkan iaitu kadar kuantiti emas yang sedikit. Bagi tujuan dan kesan penggunaan yang positif penggunaannya adalah diharuskan manakala bagi tujuan dan kesan yang negatif penggunaannya adalah diharamkan.

Note

Dissertation (M.A) – Academy of Islamic Studies, Universiti Malaya, 2024.

Share

COinS