Date of Award

3-1-2024

Thesis Type

masters

Document Type

Thesis (Restricted Access)

Divisions

education

Department

Department Curriculum and Instructional Technology

Institution

Universiti Malaya

Abstract

Pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral menekankan tiga domain moral iaitu penaakulan moral, emosi moral dan perlakuan moral untuk membentuk insan berakhlak mulia. Namun begitu, guru Pendidikan Moral sering menekankan penaakulan moral dan bukannya emosi moral dan perlakuan moral. Justeru, kajian ini mencadangkan reka bentuk Pembelajaran Berasaskan Khidmat (PBK) atau lebih dikenali Service Learning sebagai pendekatan pengajaran yang menghubungkan teori dan amalan dengan memberi peluang kepada pelajar kedua-duanya untuk mengambil bahagian dalam perkhidmatan yang memenuhi keperluan komuniti. Kajian ini menggunakan Aplikasi Fuzzy Delphi (FDM) dengan 15 pakar dari bidang sains sosial dan mempunyai pengalaman PBK untuk menentukan objektif pembelajaran, kandungan pelajaran, strategi pembelajaran dan penilaian pelajaran sebagai garis panduan bagi Pendidikan Moral sekolah menengah. Dapatan kajian menunjukkan bahawa keempat-empat konstruk utama telah mendapat kesepakatan pakar adalah melebihi 75%, nilai Threshold (d) <0.2 dan α–cut melebihi 0.5. Reka bentuk yang dicadangkan adalah garis panduan yang relevan dalam memperkenalkan PBK di sekolah menengah. Ini menunjukkan bahawa keempat-empat konstruk utama ini diperlukan dalam mengintegrasikan PBK sebagai wadah dalam mata pelajaran Pendidikan Moral.

Note

Dissertation (M.A.) – Faculty of Education, Universiti Malaya, 2024.

Share

COinS