Date of Award

2-1-2024

Thesis Type

phd

Document Type

Thesis (Restricted Access)

Divisions

fac_med

Department

Department of Media and Communication Studies

Institution

Universiti Malaya

Abstract

Kajian ini membentangkan sejarah ringkas perfileman Indonesia dan Malaysia serta peranan wanita sebagai pengarah di kedua-dua negara. Untuk membandingkan watak pelakon utama wanita, filem yang dikaji ialah Marlina Si Pembunuh Dalam Empat Babak (2017) dari Indonesia dan Embun (2002) dari Malaysia. Diskusi kumpulan berfokus secara talian dilakukan untuk mengkaji implikasi watak pelakon wanita kepada penonton. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif untuk mengetahui mesej khusus disebalik watak pelakon wanita dan bagaimana penonton mentafsir realiti. Kajian ini menggunakan teknik analisis kritis wacana feminisme Sara Mills. Pada posisi subjek-objek, kod analisis watak Robert Stanton digunakan untuk menganalisis watak wanita dalam filem. Pada posisi penonton pula, pensampelan bola salji dilakukan untuk mendapatkan masing-masing 10 informan pelajar sarjana muda di universiti Indonesia dan Malaysia. Kesimpulan kajian mendapati bahawa kemunculan wanita di awal zaman penjajahan di Indonesia dan Malaysia sebagai pengarah tidak lepas daripada pola perkongsian kerja melalui “pasukan suami-isteri” dan relasi untuk menyokong mereka menjadi seorang pengarah filem. Pola ini memberikan peluang yang besar bagi kaum wanita di Indonesia dan Malaysia untuk masuk ke dalam industri filem. Namun di sisi lain, gambaran wanita sebagai seorang yang tidak berdikari pula dapat terlihat dan betapa sukarnya wanita menembusi penguasaan lelaki dalam bidang pengarahan. Kemunculan pengarah wanita dianggap sebagai bentuk perlawanan dan filem bukan lagi dianggap sebatas media hiburan sahaja, tetapi medium pembebasan wanita daripada stereotaip masyarakat oleh pengarah wanita di Indonesia dan Malaysia.

Note

Thesis (PhD) – Faculty of Arts and Social Sciences, Universiti Malaya, 2024.

Share

COinS