Date of Award
11-1-2023
Thesis Type
masters
Document Type
Thesis (Restricted Access)
Divisions
fac_law
Department
Jabatan Linguistik Melayu
Institution
Universiti Malaya
Abstract
Kajian ini menekuni bidang linguistik bandingan bagi meneliti Dialek Melayu Sarawak (DMS) dan Dialek Melayu Midai (DMM). Kajian dijalankan bagi mengenal pasti tingkat kekerabatan antara DMS dengan DMM berdasarkan kaedah leksikostatistik yang dipelopori oleh Morris Swadesh (1950). Kemudian, kajian dilanjutkan dengan menghuraikan bentuk variasi fonem yang terdapat dalam kedua-dua dialek yang dikaji berpandukan Teori Struktural. Kajian menggunakan senarai 230 Kata Morris Swadesh yang diubah suai untuk menemu bual informan (pemaklum). Dapatan kajian mendapati bahawa tingkat kekerabatan dialek adalah sebanyak 78.85% dan berada dalam status keluarga. Selain itu, kajian juga mendapati bahawa DMS memiliki enam fonem vokal (/i/, /e/, /a/, /ə/, /u/ dan /o/), satu diftong (/-oy/) dan 20 konsonan (/p/, /t/, /k/, /q/, /ʔ/ /b/, /d/, /g/, /č/, /ǰ/, /m/, /n/, /ɲ/, /ŋ/, /s/, /ɣ/, /h/, /l/, /w/ dan /j/). DMM pula mempunyai tujuh fonem vokal (/i/, /e/, /a/, /ə/, /u/, /o/ dan /ɔ/), tiga diftong (/-ay/, /-uy/ dan /-aw/) dan 21 fonem konsonan (/p/, /t/, /k/, /q/, /ʔ/ /b/, /d/, /g/, /č/, /ǰ/, /m/, /n/, /ɲ/, /ŋ/, /s/, /ɣ/, /h/, /r/, /l/, /w/ dan /j/). Di samping itu, kajian telah menemukan dua bentuk kesepadanan bunyi, iaitu lima bentuk kesepadanan vokal (/i/ ≈ /e/, /a/ ≈ /o/, /a/ ≈ /ə/, /a/ ≈ /ɔ/ dan /u/ ≈ /o/) dan enam bentuk kesepadanan konsonan (/r/ ≈ /ɣ/, /ʔ/ ≈ /q/, /ʔ/ ≈ /h/, // ≈ /n/, /q/ ≈ /t/ dan /m/ ≈ /n/).
Note
Dissertation (M.A.) – Academy of Malay Studies, Universiti Malaya, 2023.
Recommended Citation
Akhmal Hakim, Mohamad, "Hubungan kekerabatan dialek Melayu Sarawak, Malaysia dan dialek Melayu Midai, Indonesia / Akhmal Hakim Mohamad" (2023). Student Works (2020-2029). 1556.
https://knova.um.edu.my/student_works_2020s/1556