Date of Award

10-1-2023

Thesis Type

masters

Document Type

Thesis (Restricted Access)

Divisions

fac_eng

Department

Department of Islamic History & Civilization

Institution

Universiti Malaya

Abstract

Hubungan kerjasama Turki dan Israel telah lama wujud sejak pengakuan Negara Turki majoritinya orang Islam akan kewujudan Negara Israel pada tahun 1949. Kerjasama merangkumi aspek politik, ekonomi dan ketenteraan. Kesinambungan warisan sekular dari Kamal Ataturk telah membawa kepada pakatan kerjasama antaraTurki dan Israel. Pada abad ke-21 pula, selepas sebuah parti iaitu AKP telah mengambil alih tampuk pemerintahan Turki, banyak perubahan telah berlaku. Apabila seorang Perdana Menteri Turki yang baru dari Parti AKP iaitu Recep Tayyip Erdogan memerintah, beliau telah melakukan pembaharuan terutama dari aspek dasar luar Turki. Melalui pembaharuan dasar luar Turki yang baru ini, telah menyebabkan hubungan Turki dan Israel berlaku perubahan. Oleh itu, objektif disertasi bagi kajian ini merangkumi tiga objektif untuk dicapai iaitu i) membincangkan sejarah awal perkembangan hubungan Turki dan Israel ii)mengkaji biografi Perdana Menteri Erdogan dan sumbangannya iii)Menganalisis hubungan Turki dan Israel pada zaman Erdogan sebagai Perdana Menteri. Secara keseluruhannya, reka bentuk kajian ini ialah kajian kualitatif yang merangkumi kajian sejarah. Dalam mengumpulkan maklumat, pengkaji telah menggunakan analisis komparatif dan analisis kritikal bagi mendapatkan sumber mengenai sejarah hubungan Turki dan Israel dan biografi Erdogan serta sumbangannya. Hasil dari kajian disertasi ini, dapat mengetahui mengenai hubungan Turki dan Israel selepas pembaharuan dasar luar Turki yang berlaku.

Note

Dissertation (M.A.) – Academy of Islamic Studies, Universiti Malaya, 2023.

Share

COinS