Date of Award

8-1-2023

Thesis Type

masters

Document Type

Thesis (Restricted Access)

Divisions

language

Department

Department of Malaysian Languages and Applied Linguistics

Institution

Universiti Malaya

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk menerangkan pola linguistik dan fungsi penukaran kod pensyarah serta persepsi pelatih terhadap penukaran kod dalam kelas bahasa Arab. Sampel kajian ini diambil daripada 3 orang pensyarah bahasa Arab dari sebuah institut pendidikan guru yang mengajar menggunakan medium bahasa tersebut ke atas sekumpulan guru pelatih Tahun 3. Rakaman audio, temu bual dan soal selidik digunakan sebagai instrumen penyelidikan bagi mendapatkan data yang diperlukan. Teori yang diperkenalkan Scotton (1993) melalui model Matrix Language Frame diguna pakai bagi menerangkan pola lingustik dalam kajian ini. Manakala bagi tujuan menganalisis fungsi penukaran kod, penyelidik mengguna pakai teori perbualan Gumperz (1982). Dapatan menunjukkan bahawa pensyarah menggunakan penukaran kod semasa mengajar, bertukar dari bahasa Arab ke bahasa Melayu atau sebaliknya dengan wajar semasa mengajar bahasa sasaran iaitu bahasa Arab. Didapati juga bahawa penukaran kod pensyarah membawa pelbagai fungsi penting, baik tujuan pedagogi mahupun sosial. Di samping itu, majoriti daripada 49 orang pelatih yang menjawab soal selidik mempunyai pandangan positif mengenai penukaran kod pensyarah semasa pengajaran.

Note

Dissertation (M.A.) – Faculty of Languages and Linguistics, Universiti Malaya, 2023.

Share

COinS