Date of Award

8-1-2023

Thesis Type

masters

Document Type

Thesis (Restricted Access)

Divisions

4

Department

Department of Dakwah & Human Development

Institution

Universiti Malaya

Abstract

Pesakit adalah golongan yang perlu diberikan perhatian oleh pendakwah.Mereka memerlukan sokongan fizikal dan mental daripada pendakwah untuk menghadapi ujian.Terdapat sejumlah pesakit yang tidak solat semasa berada di hospital. Di sini badan bukan kerajaan (NGO) memainkan peranan tersebut dengan berdakwah kepada pesakit.Briged Bakti Malaysia cawangan Wilayah Persekutuan (KL) sejak 2015 telah menjalankan dakwah di kalangan pesakit. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pendekatan dakwah terhadap pesakit. Selain itu, pengkaji juga mengkaji pendekatan dakwah yang dilakukan Briged Bakti Malaysia, Wilayah Persekutuan (KL) dan masalah dakwah yang dihadapi. Kajian ini berbentuk kualitatif dengan menggunakan metod temubual semi struktur dan dokumentasi untuk mengutip data. Dapatan kajian mendapati terdapat tiga pendekatan dakwah terhadap pesakit iaitu pendekatan bijaksana,mauʿiẓah ḥasanah dan mujādalah. Hasil kajian mendapati BBMWPKL mengunakan tiga pendekatan dakwah yang sama. Seterusnya, BBMWPKL menghadapi empat masalah dakwah iaitu dari sudut pendakwah, organisasi dakwah, sasaran dakwah dan musuh dakwah.

Note

Dissertation (M.A.) – Academy of Islamic Studies, Universiti Malaya, 2023.

Share

COinS