Date of Award

5-1-2022

Thesis Type

masters

Document Type

Thesis (Restricted Access)

Divisions

1

Department

Dept of Al-Quran & Al-Hadith

Institution

Universiti Malaya

Abstract

Dadah adalah musuh negara, isu penagihan dadah dalam kalangan remaja khususnya semakin menular dan semakin meningkat, pelbagai cara dan program telah dilaksanakan oleh kerajaan terutama Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), pusat-pusat rawatan persendirian dan pondok-pondok yang ditubuhkan bagi menyelesaikan isu penagihan dadah ini. Namun, penyelesaian sepenuhnya terhadap masalah ini masih belum tamat dan sehingga kini masih berlaku yang turut menyebabkan peningkatan jenayah. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti pendekatan dan kaedah rawatan pemulihan dadah di Malaysia melalui kajian terhadap pendekatan dan kaedah rawatan pemulihan penagihan dadah di Pondok Baitul Taubah Pasir Puteh dan di Klinik Cure & Care Sungai Besi Kuala Lumpur. Keseluruhan aspek pendekatan dan kaedah rawatan pemulihan penagihan dadah tersebut kemudiannya dinilai dari perspektif hadith. Kajian ini adalah bersifat kajian kualitatif iaitu melalui kajian kes yang menggunakan kaedah temu bual dengan penagih dadah dan kakitangan yang terlibat dalam melaksanakan rawatan dan pemulihan, di samping kaedah pemerhatian terhadap proses rawatan yang dijalankan di pusat-pusat tersebut. Keseluruhan data dianalisis berdasarkan analisis induktif, deduktif dan komparatif. Hasil kajian mendapati bahawa pemulihan penagihan dadah dalam kalangan penagih sangat memerlukan elemen Islam kerana ia dapat memberi kesan yang mendalam dalam proses pemulihan diri penagih. Hasil kajian menunjukkan faktor kerohanian adalah aspek utama dalam membantu memulihkan bekas penagih dadah iaitu dengan melakukan amalan zikir dan solat malam yang dapat memberi ketenangan jiwa penagih di samping amalan mandi malam yang turut membantu dari sudut fizikal ketagihan. Dapatan juga menunjukkan bahawa terdapat beberapa hadith yang bertepatan dan boleh dijadikan sebagai panduan dalam rawatan pemulihan penagih dadah ini. Pemahaman terhadap hadith-hadith berkenaan dapat dijadikan ikutan yang sewajarnya dalam menghadapi isu pemulihan ini. Justeru, diharapkan pihak berwajib dan semua pihak dapat terlibat dalam menekankan aspek kerohanian Islam dalam membantu pemulihan para penagih yang ada bagi membendung penularan penagihan dadah ini lebih parah.

Note

Dissertation (M.A) – Academy of Islamic Studies, Universiti Malaya, 2022.

Share

COinS