Date of Award

4-1-2022

Thesis Type

masters

Document Type

Thesis (Restricted Access)

Divisions

1

Department

Academy of Islamic Studies

Institution

Universiti Malaya

Abstract

Kurikulum Bersepadu Tahfiz melalui KPM telah menyediakan platform pengajian tahfiz dan akademik secara integrasi. Melalui Hifz Al-Qur’ān KBT pelajar berpeluang mempelajari hafazan, dan kefahaman makna al-Qur’ān disamping mata pelajaran akademik yang lain. Pembelajaran Fiqh Ayat didapati kurang diberikan perhatian berbanding hafazan dalam pendidikan Tahfiz. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji keberkesanan Fiqh Ayat terhadap hafazan pelajar tahfiz di MITTIS Sabak Bernam. Justeru penggunaan kaedah mix method dapat memenuhi keperluan kajian ini. Hasil dapatan soal selidik dianalisis menggunakan aplikasi Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) sementara kajian kualitatif menggunakan analisis tematik. Dapatan analisis kesuluruhan soal selidik terhadap 103 responden mendapati nilai min 3.40 dengan interpretasi sederhana menunjukkan tahap pembelajaran, penguasaan dan keberkesanan Fiqh Ayat di MITTIS perlu diberikan perhatian sewajarnya. Dapatan kajian menunjukkan bahawa penguasaan Fiqh Ayat pelajar dapat ditambahbaik melalui faktor pengajaran guru dan pembelajaran pelajar. Hasil dapatan kajian turut mengesahkan bahawa Fiqh Ayat dapat memberi kesan terhadap penguasaan kefahaman ayat dan hafazan pelajar MITTIS. Diharapkan kajian ini dapat dimanfaatkan oleh institusi tahfiz bagi merealisasikan kemenjadian pelajar tahfiz KBT.

Note

Dissertation (M.A.) – Academy of Islamic Studies, Universiti Malaya, 2022.

Share

COinS