Author

Sook Kuan Hoh

Date of Award

1-1-2011

Thesis Type

masters

Document Type

Thesis

Divisions

language

Department

Faculty of Languages and Linguistics

Institution

University of Malaya

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk meninjau sikap kaum Cina terhadap bahasa Mandarin, yakni di mana bahasa Mandarin yang merupakan Lingua franca kaum Cina akan dipeliharakan atau dipinggirkan? Kajian ini juga bertujuan melihat bahasa apakah yang kerap dipilih oleh kaum Cina di sekitar Subang Jaya dalam domain yang berbeza serta faktor yang mempengaruhi pemilihan bahasa mereka. Dalam kajian ini, subjek yang dipilih ialah golongan kaum ibu bapa yang majoritinya memberi keutamaan kepada penggunaan bahasa Inggeris, jadi di sini pengkaji juga melihat adakah sikap dan pemilihan ibu bapa terhadap sesuatu bahasa akan mempengaruhi pemilihan dan penggunaan bahasa anak-anak mereka. Kaedah soal selidik dan kaedah temubual telah digunakan oleh pengkaji untuk mengumpul data-data kajian. Seramai 90 orang ibu bapa kaum Cina di Subang Jaya, Selangor dipilih sebagai responden untuk melengkapkan soal selidik, di samping itu, pengkaji juga memilih 10 orang daripada mereka untuk dijadikan responden temu bual. Dapatan kajian telah memaparkan kaum Cina di kawasan kajian memberikan keutamaan kepada bahasa Inggeris dalam keempat-empat domain yang dikaji, iaitu domain kekeluargaan, domain pekerjaan, domain persahabatan dan kejiranan, dan domain lokasi. Sikap penggunaan bahasa Mandarin oleh kaum Cina di Subang Jaya adalah negatif jika berbanding penggunaan bahasa Inggeris kerana tanggapan dan penilaian responden terhadap bahasa Inggeris adalah lebih tinggi dan positif. Faktor-faktor seperti penguasaan bahasa Mandarin yang lemah, kekurangan minat terhadap pembelajaran bahasa Mandarin dan kekurangan dorongan dan galakan ibu bapa merupakan faktor yang menyebabkan responden memilih bahasa Inggeris sebagai bahasa yang diberi keutamaan dalam pelbagai domain.

Note

Dissertation (M.M.L.S.) -– Faculty of Languages and Linguistics, University of Malaya, 2011

Share

COinS