Author

Abdul Wahid

Date of Award

1-1-2011

Thesis Type

masters

Document Type

Thesis

Divisions

7

Department

Dept. of Islamic History & Civilization

Institution

University of Malaya

Abstract

Pendidikan Islam di Pulau Bawean Indonesia bermula sejak masuknya Islam ke pulau tersebut pada abad ke-16. Aktiviti pendidikan Islam pada mulanya dilaksanakan di tempat-tempat seperti rumah, surau dan masjid. Pada peringkat awal ini, pendidikan Islam belum berbentuk sebuah institusi formal dan hanya dijalankan secara perseorangan. Dari sejarah perjalanannya, pendidikan Islam di Pulau Bawean berkembang maju menjadi institusi pendidikan formal yang berbentuk sebuah institusi madrasah yang menyepadukan pendidikan Islam dengan pendidikan nasional Indonesia. Kajian ini bertujuan untuk melihat sejarah awal pendidikan Islam dilaksanakan di Pulau Bawean dan seterusnya melihat pada proses kemajuan yang dihasilkan. Kajian ini juga, hanya memfokuskan pada beberapa buah institusi sebagai sampel penyelidikan iaitu Pondok Pesantren Mambaul Falah, Pondok Pesantren Hasan Jufri, Madrasah Ibtidaiyah Nahdlatul Ulama 38 Nurul Huda, Madrasah Ibtidaiyah Nahdlalatul Ulama 08 Teluk Dalam, Madrasah Ibtidaiyah Nahdlatul Ulama 40 Asrarul Ulum, Madrasah Tsanawiyah Umar Mas’ud, Madrasah Tsanawiyah Hasan Jufri, Madrasah Aliyah Nurul Huda dan Madrasah Aliyah Mambaul Falah Metode yang diguna pakai untuk mendapatkan maklumat dalam kajian ini ialah temu bual dan kaji selidik, di samping kepustakaan. Dari hasil kajian yang dilakukan menunjukkan bahawa pencapaian para pelajar yang mengikuti pengajian di institusi pendidikan Islam sangat baik dan sambutan masyarakat sangat menggalakkan. Oleh kerana itu, institusi pendidikan Islam di Pulau Bawean tetap menjadi pilihan dan mampu bersaing dengan institusi pendidikan umum.

Note

Dissertation (M.Usuluddin) -- Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 2011.

5370-BAB1-5.pdf (6392 kB)
5370-COVER.pdf (29 kB)

Share

COinS