Author

Salmah Ismail

Date of Award

1-1-2011

Thesis Type

masters

Document Type

Thesis

Divisions

1

Department

Dept of Al-Quran & Al-Hadith

Institution

University of Malaya

Abstract

Al-Qur’an merupakan sebuah kitab yang lengkap merangkumi segala aspek kehidupan manusia. Untuk menjamin kebahagian hidup di dunia dan akhirat, maka umat Islam hendaklah memahami, mengkaji dan mengamalkan isi kandungan al-Qur’an. Kalimah al-jaza’ yang disebut dalam pelbagai sighah di dalam al-Qur’an mempunyai maksud tersendiri, jaza’ Allah tidak hanya menimpa golongan yang ingkar sahaja, malah ia turut berlaku kepada orang beriman. Allah SWT mendedahkan pengertian golongan yang ingkar di dalam al-Qur’an ialah golongan kafir dan Ahli Kitab, Walaubagaimanapun tidak semua golongan Ahli Kitab tergolong dalam kategori ini kerana sebahagian dari mereka beriman dan berpegang teguh dengan ajaran Islam. Allah SWT memaparkan ciri-ciri golongan yang ingkar seperti berdusta, mengkhianati perjanjian, membunuh para Nabi, menyembunyi kandungan asal kitab suci, melakukan kemungkaran dan kekejian serta gemar menganggu ketenteraman umat Islam. Justeru itu, umat Islam perlulah mempunyai pendirian yang jelas dan tegas, sentiasa berhati-hati daripada sebarang kemungkinan yang akan berlaku akibat daripada tindakan musuh-musuh Islam. Islam melarang umatnya daripada meniru gaya hidup golongan ini kerana mereka hidup dalam kerugian serta akan menerima azab yang pedih daripada Allah SWT di akhirat nanti. Kajian ini memberi kefahaman bahawa jaza’ Allah mempunyai kaitan dengan perilaku kaum yang ingkar kerana hukum alam berlaku mengikut sunnatullah.

Note

Dissertation (M.Usuluddin) -- Jabatan Al-Quran dan Al-Hadith, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 2012

Share

COinS