Date of Award

1-1-2011

Thesis Type

masters

Document Type

Thesis

Divisions

10

Department

Dept of Syariah & Law

Institution

University of Malaya

Abstract

Secara umumnya, kajian ini cuba untuk membincangkan konsep nusyuz menurut perspektif syarak dan juga dalam konteks perundangan Islam di Malaysia. Nusyuz bukan hanya berlaku di pihak isteri, malah boleh juga berlaku di pihak suami. Namun, kajian ini memfokuskan nusyuz di pihak isteri. Keingkaran untuk taat dan pengabaian tanggungjawab adalah elemen-elemen yang menjurus kepada pensabitan isteri nusyuz di samping keengganan melaksanakan perintah suami yang tidak bertentangan dengan syarak. Di samping itu, kajian ini cuba untuk mengupas isu-isu berbangkit yang timbul dalam proses pensabitan isteri nusyuz di MSWP Kuala Lumpur. Metodologi kajian yang diaplikasikan dalam mengumpulkan data kajian ini ialah kajian kepustakaan dan temubual manakala penganalisaan data pula melalui kaedah induktif, deduktif dan komparatif. Dapatan kajian ini di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (MSWP Kuala Lumpur) menunjukkan bahawa terdapat beberapa aspek yang perlu diberi perhatian bagi mempertingkatkan aspek pengurusan kes nusyuz di institusi kerajaan tersebut. Masalah utama dalam aspek perundangan Syariah ialah tiada peruntukan khusus berkenaan nusyuz dalam Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984. Penyelesaiannya, prosiding pensabitan isteri nusyuz di MSWP Kuala Lumpur dijalankan berasaskan empat kaedah tersebut.

Note

Dissertation (M.Syariah) -- Jabatan Syariah dan Undang-Undang, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 2011

Share

COinS