Date of Award
1-1-2011
Thesis Type
masters
Document Type
Thesis
Divisions
5
Department
Dept of Fiqh & Usul
Institution
University of Malaya
Abstract
Kajian ini adalah berdasarkan kitab ÔÌÉh al-albÉb Li MurÊd al-NikÉÍ bi al-ØawÉb karya Syeikh Daud Bin Abdullah al-Fatani seorang ulamak tersohor di Nusantara pada abad ke 18M. Kajian ini bertujuan untuk menghurai konsep perkahwinan yang ditulis dalam Bahasa Melayu Klasik dan meneliti penekanan pengarangnya dalam menghasilkan karya ini. Kajian ini merupakan kajian teks fiqh munÉkahÉt. Data yang digunakan ialah naskhah-naskhah ÔÌÉh al-albÉb sama ada berbentuk manuskrip atau bercetak. Kajian ini menggunakan kaedah tranlisterasi iaitu menyalin semula teks asal dari tulisan jawi kepada tulisan rumi tanpa menggugurkan atau mengubah kandungan asalnya. Perkataan-perkataan penting dihuraikan , istilah-istilah Arab diterjemahkan dan hadis-hadis ditakhrijkan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa Kitab ÔÌÉh al-albÉb merupakan bukti keilmuan Syeikh Daud al-Fatani kerana kupasan dan huraian yang mendalam pada bab nikah dan disusun dengan teratur. Kitab ini juga merupakan kitab yang paling banyak disalin sebelum ia diterbitkan dan antara kitab yang paling banyak digunakan di dunia Melayu untuk pengajaran ilmu fiqh khususnya dalam bab nikah. Ini sekali lagi membuktikan bahawa pengaruh, ketokohan dan keilmuan beliau besar sekali di rantau Nusantara ini.
Note
Dissertation (M.Syariah) -- Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 2012
Recommended Citation
Ghazali, Zamri, "Konsep perkahwinan mengikut Syeikh Daud bin Abdullah al-Fatani dalam Kitab Idah al-albab / Zamri bin Ghazali" (2011). Student Works (2010-2019). 730.
https://knova.um.edu.my/student_works_2010s/730
5286-BAB_SATU.pdf (293 kB)
5286-BAB_TIGA.pdf (1831 kB)
5286-BIBLIOGRAFI.pdf (268 kB)
5286-ISI_KANDUNGAN.pdf (304 kB)
5286-KULIT_DEPAN.pdf (61 kB)
5286-PENDAHULUAN.pdf (367 kB)
5286-PENUTUP.pdf (106 kB)
5286-Surat_Pengakuan.pdf (51 kB)