Date of Award
1-1-2011
Thesis Type
masters
Document Type
Thesis
Divisions
1
Department
Dept of Al-Quran & Al-Hadith
Institution
University of Malaya
Abstract
Kajian ini dijalankan terhadap 135 orang responden yang sedang mengikuti kelas pengajian al-Quran di lapan buah masjid yang terpilih di sekitar daerah Kuantan, Pahang Darul Makmur. Mereka merupakan masyarakat Melayu dari golongan kelas pertengahan yang terdiri dari responden lelaki dan perempuan yang mempunyai latar belakang sosial yang pelbagai. Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji mengenai pendekatan metode yang digunakan oleh tenaga pengajar dan pendekatan metode pengajian yang dilalui oleh golongan kelas menengah di kelas al-Quran di masjid, seterusnya, mengenal pasti sejauh mana golongan ini boleh menguasai al-Quran selepas menghadiri kelas pengajian al-Quran di masjid. Kaedah yang digunakan dalam kajian ini ialah soal selidik, tinjauan, temu bual dan pemerhatian. Data-data dianalisis melalui Program Sistem Statistik Pukal Sains Sosial (Statistical Package For Social Science/SPSS) Versi 10.0. Analisis statistik diskriptif seperti frekuensi, peratusan dan graf telah dijalankan dalam kajian ini, diikuti analisis korelasi Spearman r dan ujian Khi Kuasa Dua untuk kebebasan. Dapatan kajian ini menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan di antara pendekatan metode pengajaran dan pendekatan metode pengajian terhadap tahap penguasaan al-Quran oleh golongan kajian selepas mereka menghadiri kelas pengajian al-Quran di masjid.
Note
Dissertation (M.Usuluddin) -- Jabatan Al-Quran dan Al-Hadith, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 2011
Recommended Citation
Ismail, Muhamad Fadlly, "Pengajian al-Quran dalam kalangan golongan kelas menengah : tumpuan kajian di masjid-masjid terpilih di Kuantan, Pahang / Muhamad Fadlly bin Ismail" (2011). Student Works (2010-2019). 727.
https://knova.um.edu.my/student_works_2010s/727
5243-FONT_KULIT_TESIS.pdf (9 kB)
5243-ISI_KANDUNGAN_TESIS_terbaru_(23_November_2010).pdf (36 kB)
5243-LAMPIRAN_GAMBAR_MASJID_TERPILIH_DAERAH_KUANTAN.pdf (745 kB)
5243-LAMPIRAN_SENARAI_TEMU_BUAL.pdf (153 kB)
5243-LATARBELAKANG_KAJIAN.pdf (12 kB)
5243-PENGHARGAAN_TESIS.pdf (239 kB)
5243-PERAKUAN_KEASLIAN_PENULISAN_TESIS.pdf (75 kB)
5243-SENARAI_JADUAL.pdf (87 kB)
5243-SENARAI_LAMPIRAN.pdf (4 kB)
5243-SENARAI_RAJAH.pdf (4 kB)
5243-TRANSLITERASI_TERBARU_UM.pdf (314 kB)