Date of Award
1-1-2011
Thesis Type
masters
Document Type
Thesis
Divisions
5
Department
Dept of Fiqh & Usul
Institution
University of Malaya
Abstract
“Penguasaan Perbendaharaan Kata Arab Dalam Pendidikan Syariah Islamiah: Kajian Di Sekolah Menengah Kebangasaan Tun Perak, Jasin, Melaka”, merupakan satu kajian penyelidikan untuk menilai tahap penguasaan pelajar tingkatan 5 Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Perak terhadap perbendaharaan kata Arab yang terdapat dalam mata pelajaran Pendidikan Syariah Islamiah dan tahap pencapaian mereka dalam mata pelajaran tersebut. Dalam kajian ini, pengkaji membicarakan tentang perbendaharaan kata Arab yang terdapat dalam sukatan pelajaran Pendidikan Syariah Islamiah tingkatan 4 iaitu dalam bidang ‘Aqidah, Usul al-Fiqh, Ayat Hukm, Hadith Hukm dan Fiqh. Begitu juga dalam sukatan pelajaran Pendidikan Syariah Islamiah tingkatan 5 iaitu dalam bidang ‘Aqidah, Usul al-Fiqh, Ayat Hukm, Hadith Hukm, Fiqh dan Sejarah Perundangan Islam. Pengkaji turut mengumpul dan menganalisis data-data yang diperolehi melalui soal selidik dengan pelajar dan guru. Soal selidik ini berkaitan dengan latar belakang Pendidikan Syariah Islamiah dan pemilihan perbendaharaan kata Arab yang tepat berdasarkan soalan yang diutarakan kepada pelajar. Kajian ini juga membuat beberapa rumusan dan cadangan bagi mengatasi kelemahan dan kesilapan yang dilakukan oleh pelajar dalam menguasai perbendaharaan kata Arab dengan betul. Kesimpulannya, penguasaan pelajar tingkatan 5 Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Perak terhadap perbendaharaan kata Arab dalam mata pelajaran Pendidikan Syariah Islamiah berada pada tahap sederhana. Namun begitu, pencapaian mereka untuk mata pelajaran tersebut secara umumnya berada pada tahap yang baik.
Note
Dissertation (M.Syariah) -- Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 2011
Recommended Citation
Wan Mahmud, Wan Zahari, "Penguasaan perbendaharaan kata Arab dalam pendidikan syariah Islamiah : kajian di Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Perak, Jasin, Melaka / Wan Zahari bin Wan Mahmud" (2011). Student Works (2010-2019). 725.
https://knova.um.edu.my/student_works_2010s/725
5229-BORANG_SOAL_SELIDIK_PELAJAR_TINGKATAN_5.pdf (159 kB)
5229-CTH_PERBENDAHARAAN_KATA_ARAB.pdf (45 kB)
5229-HALAMAN_HADAPAN_DISERTASI.pdf (7 kB)
5229-LAMPIRAN_A.PDF (1536 kB)
5229-MASTER-DISERTASI_2011_(_TEKS_&_BIBLIOGRAFI_).pdf (1927 kB)
5229-MUKA_DEPAN_SOAL_SELIDIK_GURU_PSI.pdf (119 kB)
5229-MUKA_DEPAN_SOAL_SELIDIK_PELAJAR_T.5.pdf (112 kB)
5229-SENARAI_GURU_&_KAKITANGAN_SMK_TUN_PERAK.pdf (116 kB)
5229-SENARAI_NAMA_RESPONDEN_SOAL_SELIDIK.pdf (120 kB)