Date of Award
1-1-2011
Thesis Type
masters
Document Type
Thesis
Divisions
3
Department
Dept of Aqidah & Islamic Thought
Institution
University of Malaya
Abstract
Persoalan halal dan haram pada masa kini amat meluas dibincangkan memandangkan Malaysia bakal menjadi pusat hub makanan halal dunia. Fenomena ini menunjukkan satu perubahan yang positif kerana kesedaran penguna Muslim khususnya di Malaysia untuk memilih produk makanan yang benar-benar halal telah mulai difahami, diutamakan dan diamalkan. Namun pengguna Muslim perlu prihatin terhadap produk berlogo Kosher dari negara Barat terutamanya dari Amerika Syarikat dan Eropah yang diwar-warkan mempunyai prinsip yang sama dengan maksud halal Islam. Secara umumnya, makanan Kosher merupakan makanan yang dibenarkan dalam agama Yahudi, dan dalam agama Islam, disebut sebagai makanan halal. Justeru, objektif kajian ini akan membincangkan aspek perbezaan dan persamaan konsep Kosher dan halal yang di analisis menurut pemikiran hukum Islam. Kajian ini juga akan menilai sejauh mana kesejajaran prinsip kosher dan halal. Maka, metodologi yang akan digunakan adalah melalui kajian perpustakaan dan lapangan kepada individu yang terlibat. Perbandingan akan dilakukan diantara kosher dan halal dari aspek pemikiran hukum islam. Secara asasnya, wujud pandangan yang berbeza dalam pandangan ilmuwan Muslim berkaitan status makanan kosher dan Ahli Kitab; ada pandangan yang menghalalkannya dan terdapat pandangan yang menolak dengan alasan yang berbeza beserta hujah yang dapat diterima akal. Tuntasnya, makanan Kosher bukanlah anjuran dalam agama Islam dan umat Islam wajib memilih makanan yang halal bersesuaian dengan tuntutan dan falsafah ajaran Islam yang diwahyukan Allah
Note
Dissertation (M.Usuluddin) -- Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 2011
Recommended Citation
Kasmon, Muhamad Nordin, "Konsep kosher dalam agama Yahudi : analisis menurut perspektif pemikiran hukum Islam / Muhamad Nordin bin Kasmon" (2011). Student Works (2010-2019). 722.
https://knova.um.edu.my/student_works_2010s/722
5203-3BAB_1_Kosher_&_Halal.pdf (215 kB)
5203-4BAB_2_Makanan_Kosher.pdf (393 kB)
5203-5BAB_3_Makanan_Halal.pdf (634 kB)
5203-6BAB_4_Analisis_Halal_Kosher1.pdf (893 kB)
5203-7BAB_5_Penutup.pdf (87 kB)
5203-8Bibliografi.pdf (159 kB)
5203-9Lampiran_temubual.pdf (130 kB)