Date of Award

1-1-2011

Thesis Type

masters

Document Type

Thesis

Divisions

1

Department

Dept of Al-Quran & Al-Hadith

Institution

University of Malaya

Abstract

Al-Siraj al-Munir ialah sebuah kitab tafsir yang ditulis oleh al-Khatib al-Shirbini iaitu seorang ilmuan yang hidup pada awal abad ke 16 Masihi. Beliau adalah pengikut mazhab al-Shafi‘i dan mahir dalam bidang ilmu tafsir, ilmu kalam, ilmu nahu dan ilmu sorof. Kajian ini memfokuskan metodologi al-Khatib dalam mentafsirkan ayat-ayat hukum dalam surah al-Nur yang menggunakan kajian perpustakaan sebagai metode kajian. Ia mengandungi lima bab iaitu dimulakan dengan bab satu yang membincangkan tentang metodologi tafsir fuqaha’ dan sejarah perkembangannya serta penulisan-penulisan yang wujud. Manakala bab yang kedua mengemukakan biodata al-Khatib al-Syirbini dan pengenalan kepada kitab al-Siraj al-Munir. Bab yang ketiga pula membincangkan tentang ayat-ayat hukum yang terkandung dalam surah al-Nur dan bab yang keempat berkenaan dengan metodologi tafsir ayat-ayat hukum dalam surah al-Nur oleh al-Khatib al-Shirbini. Sementara bab kelima ialah penutup. Justeru, kajian ini mendapati bahawa al-Khatib al-Shirbini banyak mendatangkan pendapat-pendapat dalam mazhab al-Shafi’i, walau bagaimanapun tidak kelihatan sifat taksubnya. Bahkan beliau juga membawa pendapat dari mazhab lain ketika membincangkan permasalahan fiqh.

Note

Dissertation (M.Usuluddin) -- Jabatan Al-Quran dan Al-Hadith, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 2011

Share

COinS