Date of Award

1-1-2011

Thesis Type

masters

Document Type

Thesis

Divisions

4

Department

Dept of Dakwah & Human Development

Institution

University of Malaya

Abstract

Pelaksanaan program dakwah yang baik akan memberikan kesan kepada sasaran dakwah ke arah pembinaan peribadi muslim yang dicita-citakan. Salah satu cara dakwah yang efektif adalah dakwah melalui organisasi atau pertubuhan Islam. Hal ini kerana dakwah melalui pertubuhan boleh memberikan tumpuan kepada pelaksanaan program dakwah yang padu, tersusun rapi dan menyeluruh. Disertasi yang bertajuk Ikatan Da’i Indonesia (IKADI): Kajian Dari Aspek Program Dakwah Di Jakarta ini mempunyai objektif untuk untuk menelusuri sejarah perkembangan dakwah IKADI; dan untuk memahami bentuk-bentuk program dakwah yang dilaksanakan IKADI; serta untuk mengetahui masalah-masalah yang dihadapai IKADI dalam melaksanakan program dakwah. Kajian ini dilaksakan di Jakarta yang merupakan tempat berdirinya IKADI dan ibu pejabat Dewan Pengurus Pusat. Metodologi yang digunakan dalam kajian ini ialah kepustakaan dan lapangan yang mengandungi pemerhatian, dokumentasi dan temu bual. Kajian ini mendapati bahawa perkembangan dakwah IKADI hingga saat ini melalui tiga tahapan yang tiap-tiap tahapan mempunyai ciri khas tersendiri. Program-program dakwah IKADI yang mengandungi berbagai macam jenis ialah meliputi dakwah yang bersifat al-Tabligh, al-Himayah dan al-Irshad. Meskipun terdapat kelemahan dalam pelaksanaan program dakwah, menurut pandangan pengurus IKADI fungsi pengurusan moden telah dilaksanakan dengan baik oleh IKADI. Menurut pandangan pengurus IKADI, masalah utama pelaksanaan program dakwah ialah kurangnya modal insan, perbezaan pandangan dalam bidang mazhab, kurangnya sokongan dari pemerintah, tidak adanya ulang kaji yang baik dan masalah kewangan yang terhad dan lain-lain.

Note

Dissertation (M. Usuluddin) -- Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 2011

5196-2.pdf (308 kB)
5196-bab_1-5.pdf (1132 kB)
5196-bibliografi.pdf (172 kB)
5196-lampiran.pdf (259 kB)

Share

COinS