Date of Award
1-1-2011
Thesis Type
masters
Document Type
Thesis
Divisions
7
Department
Dept of Islamic History & Civilization
Institution
University of Malaya
Abstract
Kajian ini membincangkan Peranan Al-Jam’iyatul Washliyah Dalam Pendidikan Islam di Medan, Sumatera Utara, yang mana ditumpukan kepada peranan pendidikan Al-Washliyah di Medan, dengan mengkaji pentadbiran organisasi Al-Jam’iayatul Wasliyah yang ditubuhkan di Medan pada tahun 1930 yang ditaja oleh pelajar-pelajar Madrasah Islamiyah Tapanuli (1918) melalui forum diskusi Debating Club (Studi Pelajar), serta memperkenalkan tokoh-tokoh yang telah memain peranan penting dalam mengembangkan organisasi Al-Wasliyah. Di samping itu kajian ini juga, memperkenalkan sistem pendidikan Al-Jam’iyatul Wasliyah yang selari dengan sistem pendidikan Nasional. Dalam kajian ini, penulis menggunakan tiga metodologi iaitu: Metode pengumpulan data yang merangkumi metode historis dan metode dokumentasi, Metode lapangan yang merangkumi temubual, observasi , soal selidik dan metode analisa data. Di antara hasil kajian ini, penulis mendapati bahawa organisasi Al-Jam’iayatul Wasliyah telah berperanan aktif dalam mengembangkan pendidikan Islam di Medan melalui sistem pendidikan formal dan non formal. Dalam usaha meningkat mutu pendidikan Al-Jam’iyatul Washliyah telah menyediakan kemudahan-kemudahan pendidikan seperti; makmal komputer, perpustakaan, ruang praktik otomotif, eletrik serta laboratorium dan pelatihan bahasa Arab. Al-Jam’iyatul Washliyah meyiapkan generasi Islam yang mempunyai visi dalam membina masyarakat Indonesia yang berilmu dan berakhlak mulia. Para tokoh Al-Jam’iyatul Washliyah yang telah berperanan aktif dalam mengembangkan organisasi ini ialah Hj. Abdurrahman Syihab, Hj. Udin Syamsyuddin, Hj. Arsyad Thalib Lubis dan sebagainya. Diharapkan kajian ini dapat memberikan maklumat tentang peranan Al-Jam’iyatul Washliyah dalam mengembangkan pendidikan Islam di Medan.
Note
Dissertation (M.Usuluddin) -- Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 2011
Recommended Citation
Zein, Muhamad, "Peranan Al-Jam'iyatul Washliyah dalam pendidikan Islam di Medan, Sumatera Utara / Muhammad Zein" (2011). Student Works (2010-2019). 710.
https://knova.um.edu.my/student_works_2010s/710
5147-BAB_II_2011.pdf (646 kB)
5147-BAB_III_2010.pdf (692 kB)
5147-BAB_IV_2011.pdf (334 kB)
5147-BAB_V_2011.pdf (107 kB)
5147-Bioligraphy.pdf (198 kB)
5147-Borang_Keaslian.pdf (105 kB)
5147-Cover_Tesis.pdf (49 kB)
5147-Lampiran_2.pdf (129 kB)
5147-Lampiran_3.pdf (1900 kB)
5147-Lampiran1.pdf (2057 kB)
5147-penghargaan-Isi_Kandungan.pdf (228 kB)