Date of Award

1-1-2011

Thesis Type

masters

Document Type

Thesis

Divisions

5

Department

Dept of Fiqh & Usul

Institution

University of Malaya

Abstract

Kitab Jadual Nikah karya Isma’il Mundu: Teks dan Analisis: Perkahwinan di alam Melayu adalah antara perkara yang mengalami proses pembaharuan selepas kedatangan Islam. Berjayanya sistem perkahwinan Islam ini, tidak terlepas daripada pengaruh karya-karya ilmiah ulama Melayu dalam pelbagai bidang, terutamanya kitab-kitab yang menumpukan kajiannya secara khusus tentang perkahwinan dalam Islam. Antara kitab Melayu yang cukup berjaya dalam membahaskan permasalahan ini adalah Kitab Jadual Nikah karya Isma’il Mundu. Objektif kajian ini adalah meneroka kandungan Kitab Jadual Nikah dengan merujukkannya kepada referensi utama (ummahat al-Kutub) dalam mazhab Syafii dan mentransliterasi tulisannya daripada Arab Jawi kepada Arab Rumi serta memperbandingkannya dengan pendapat fuqaha mazhab yang empat. Kajian ini merupakan kajian kepustakaan (library research), teks dan historis. Kajian ini telah mendapati bahawa Kitab Jadual Nikah secara khas membincangkan perkara-perkara yang terkait dengan rukun-rukun nikah seperti hukum nikah, ijab qabul, wali, saksi, syarat seorang suami dan isteri serta kufu dalam perkahwinan dengan merujuk kepada aqwal (pendapat-pendapat) fuqaha dalam mazhab Syafii. Kitab ini merupakan karya asal dan autentik yang telah ditulis berasaskan worldview Islam dengan mengikut kaedah dan prinsip dalam syariah. Teknik penulisan kitab ini memadukan antara teknik fatwa (soalan-jawapan) dan deskriptif dengan menggunakan sistem ejaan Arab-Jawi Za’ba. Keywords: Kitab Jadual Nikah, Guru Haji Isma’il Mundu

Note

Dissertation (M.Syariah) -- Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 2011

Share

COinS