Date of Award

12-1-2019

Thesis Type

masters

Document Type

Thesis (Restricted Access)

Divisions

education

Department

Department of Mathematics and Science Education

Institution

Universiti Malaya

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti gaya kepimpinan jurulatih dan pencapaian pemain bola sepak sekolah menengah di Kuala Lumpur. Seramai 230 orang murid dari sekolah-sekolah menegah sekitar Kuala Lumpur telah dipilih menggunakan persampelan rawak mudah sebagai responden kajian. Kajian ini ialah satu kajian kuantitatif yang menggunakan kaedah tinjauan untuk menjawab objektif kajian. Satu soal selidik telah digunakan dalam kajian ini berdasarkan Skala Kepimpinan untuk Sukan (Chelladurai dan Saleh (1980) yang telah dialih bahasa ke bahasa Melayu. Hasil analisis deskriptif yang dijalankan mendapati bahawa gaya kepimpinan yang kerap digunakan oleh jurulatih bola sepak sekolah menengah di Kuala Lumpur adalah gaya Latihan dan Arahan (M = 55.34 dan SD = 7.07), manakala gaya kepimpinan yang paling kurang digunakan adalah gaya Autokratik (M = 10.74 dan SD = 4.45). Pencapaian pemain bola sepak sekolah menengah di Kuala Lumpur majoritinya berada di peringkat Daerah (53%). Ujian Kolerasi Spearman menunjukkan terdapatnya hubungan antara gaya kepimpinan Latihan dan Arahan (r = 0.16 dan sig. = 0.01), Demokratik (r = 0.18 dan sig. = 0.01) dan juga Sokongan Sosial (r = 0.19 dan sig. = 0.00) dengan pencapaian pemain bola sepak, manakala dapatan ujian menujukkan tiada hubungan antara gaya kepimpinan Maklumbalas Positif dan gaya Autokratik dengan pencapaian pemain bola sepak. Ujian MANOVA pula menunjukkan perbezaan yang signifikan bagi gaya kepimpinan Sokongan Sosial (F = 2.62 dan sig. = 0.00) iaitu (p < .05) berdasarkan pencapaian pemain, manakala tiada perbezaan yang signifikan bagi gaya Autokratik. Kesimpulannya jurulatih bola sepak sekolah menengah hendaklah menggunakan gaya kepimpinan yang sesuai dengan peringkat umur atlet kerana pencapaian dalam sukan dapat ditingkatkan jika wujudnya keserasian antara gaya kepimpinan jurulatih dengan pemain yang dilatih.

Note

Dissertation (M.A.) – Faculty of Education, Universiti Malaya, 2019.

Wan_Aiman-2.pdf (1402 kB)

Share

COinS