Date of Award

9-1-2019

Thesis Type

masters

Document Type

Thesis (Restricted Access)

Divisions

cent1

Department

Cultural Centre

Institution

University of Malaya

Abstract

Didik Hibur ialah pedagogi dalam pendidikan yang terbaru untuk sesi pembelajaran di sekolah dengan menumpukan pada penggunaan dan pemahaman dan penyerapan sekeliling pelajar. Oleh itu, objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti keberkesanan, penglibatan murid, isu dan cabaran menggunakan kaedah didik hibur berasaskan nyanyian dalam meningkatkan motivasi dalam pembelajaran mata pelajaran matematik dalam kalangan murid. Kajian kualitatif ini menggunakan reka bentuk kajian kes. Seramai empat puluh orang murid dari Sekolah Kebangsaan Taman Seri Rampai telah terlibat di dalam penyelidikan ini. 10 orang murid telah ditemubual dan 30 orang murid telah terlibat di dalam kaedah pemerhatian. Hasil kajian disokong dengan menemubual seramai tujuh orang guru matematik yang mewakili empat buah sekolah di Malaysia telah dipilih secara bertujuan. Data diperoleh melalui teknik temubual, pemerhatian dan kajian dokumen. Data dianalisis dengan menggunakan teknik analisis tematik. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa kaedah didik hibur berasaskan nyanyian dapat membantu meningkatkan motivasi murid dalam pembelajaran matematik. Kajian ini memberi implikasi ke atas gaya pembelajaran muridmurid terhadap mata pelajaran matematik dan juga menyumbang kepada pendidikan di Malaysia dengan menemukan rancangan pengajaran dengan menggunakan kaedah didik hibur berasaskan nyanyian dalam mata pelajaran matematik.

Note

Dissertation (M.A.) – Cultural Centre, University of Malaya 2019.

Share

COinS