Date of Award

7-1-2019

Thesis Type

masters

Document Type

Thesis (Restricted Access)

Divisions

deptedu2

Department

Department of Mathematics and Science Education

Institution

Universiti Malaya

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji keberkesanan latihan pliometrik, latihan gelang elastik dan latihan biasa ke atas pukulan lob serangan dan pukulan lob pertahanan badminton murid tahun 6. 90 orang murid (umur 12 tahun, tinggi 1.4-1.5 m, berat badan 30-40 kg) terlibat dalam kajian ini telah dibahagikan kepada tiga kumpulan iaitu kumpulan pliometrik (n=30), kumpulan latihan gelang elastic (n=30) dan kumpulan latihan biasa (n=30). Ujian multivariate analisis kovarian (MANCOVA) telah digunakan untuk membuat perbandingan ujian pra dan ujian pasca antara kumpulan. Dapatan daripada kajian menunjukan latihan pliometrik mempunyai peningkatan signifikan yang lebih tinggi daripada latihan gelang elastik dan diikuti dengan latihan biasa. Dalam kajian ini telah menunjukan latihan pliometrik selama enam minggu ke atas prestasi pukulan lob badminton murid tahun 6 adalah lebih berkesan berbanding dengan latihan gelang elastic dan latihan biasa. Hasil daripada kajian ini, dapat memberikan manfaat kepada para penyelidik, pemain, jurulatih dan pendidik yang inign terus mengkaji, melatih dan mengajar pukulan lob serangan dan pukulan lob pertahanan badminton.

Note

Dissertation (M.A.) – Faculty of Education, Universiti Malaya, 2019.

Share

COinS