Date of Award

3-1-2019

Thesis Type

masters

Document Type

Thesis

Divisions

5

Department

Academy of Islamic Studies

Institution

Universiti Malaya

Abstract

Penggunaan internet kini telah menjadi satu keperluan dalam kalangan pelajar sekolah rendah. Tanpa pengawalan dan garis panduan penggunaan internet yang terarah, pelajar boleh terjebak dalam gejala ketagihan internet. Pengetahuan berkenaan hukum penggunaan internet yang dipelajari di sekolah rendah boleh menjadi faktor dalam mengawal tahap penggunaan internet. Sehubungan itu, kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti sama ada terdapat hubungan antara pengetahuan berkaitan hukum dan etika penggunaan internet dengan tahap penggunaan internet. Sampel kajian terdiri daripada 328 orang pelajar sekolah rendah sekitar Pekan Subang. Data diperoleh daripada soal selidik yang telah dijalankan. Bagi menjawab objektif kajian, kaedah statistik inferensi iaitu korelasi digunakan. Dapatan kajian menunjukkan min keseluruhan tahap penggunaan internet dalam kalangan pelajar ialah (M1.8572). Dapatan ini menunjukkan tahap penggunaan internet pelajar sekolah rendah Pekan Subang berada pada tahap penggunaan normal tetapi berisiko untuk berlebihan. Seterusnya, hubungan antara pengetahuan hukum penggunaan internet dengan tahap penggunaan internet nilai (r0.276). Dapatan menunjukkan tidak ada hubungan yang signifikan antara kedua-dua pemboleh ubah kerana nilai r<0.4. Ini bermakna pengetahuan berkenaan hukum penggunaan internet bukan faktor yang mempengaruhi tinggi atau rendah tahap penggunaan internet pelajar. Justeru, dapat dirumuskan bahawa terdapat faktor lain yang mengawal tahap penggunaan internet dalam kalangan pelajar sekolah rendah Pekan Subang.

Note

Dissertation (M.A.) – Academy of Malay Studies, Universiti Malaya, 2019.

Share

COinS