Date of Award

1-1-2019

Thesis Type

phd

Document Type

Thesis

Divisions

10

Department

Academy of Islamic Studies

Institution

Universiti Malaya

Abstract

Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti faktor-faktor kelewatan prosiding fasakh dan menganalisis peruntukan dalam Undang-undang Tatacara Mal. Untuk menganalisa peruntukan tersebut, kajian ini telah membuat perbandingan dengan peruntukan yang digunapakai di Singapura dan Brunei. Ini memandangkan kedua-dua negara tersebut mempunyai latar belakang sejarah penggubalan undang-undang yang hampir sama dengan Malaysia di mana ketiga-tiga negara tersebut adalah bekas jajahan British dan berteraskan sistem perundangan common law. Pengkaji menggunakan kaedah gabungan iaitu penerokaan berturutan yang melibatkan dua fasa, 1) pengumpulan data kajian kualitatif (fasa pertama) dan diikuti oleh pengumpulan data kajian kuantitatif (fasa kedua). Pengkaji menjalankan kajian kes pada fasa pertama untuk mengumpul data kualitatif dengan menggunakan kaedah pemerhatian pada dua kes fasakh secara terperinci, temu bual terhadap peguam-peguam syarie di Malaysia, Singapura dan Brunei serta analisis dokumen. Dapatan kajian kes ini seterusnya digunakan oleh pengkaji untuk membina soal selidik pada fasa kedua. Kajian tinjauan menggunakan soal selidik terhadap 180 orang peguam syarie di Malaysia dilaksanakan pengkaji untuk mendapatkan pandangan dan mengenalpasti masalah-masalah yang menjadi punca utama kepada kelewatan dalam proses tuntutan fasakh serta cadangan penambahbaikkan peruntukan undang-undang yang dipersetujui. Kajian ini telah menunjukkan bahawa peruntukan Undang-undang Tatacara Mal yang diamalkan di Malaysia yang melibatkan proses pra perbicaraan, semasa perbicaraan dan pasca perbicaraan perlu kepada penambahbaikan untuk memastikan penyelesaian tuntutan fasakh dapat disegerakan dalam tempoh yang singkat tanpa mengenepikan prinsip-prinsip keadilan berlandaskan hukum syarak. Selain itu, kajian ini juga telah mengenal pasti pindaan-pindaan yang wajar dilakukan ke atas peruntukan sedia ada bagi membolehkan mahkamah syariah berperanan secara lebih efektif dalam melaksanakan keadilan terhadap wanita yang menjadi mangsa pengabaian dan penganiayaan daripada suami.

Note

Thesis (PhD) – Academy of Islamic Studies, Universiti Malaya, 2019.

Share

COinS