Date of Award

1-1-2019

Thesis Type

masters

Document Type

Thesis

Divisions

10

Department

Academy of Islamic Studies

Institution

Universiti Malaya

Abstract

Kajian ini memfokuskan berkenaan cabaran yang dihadapi oleh Pegawai Penguatkuasa Agama (PPA) Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JA WI) dalam penguatkuasaan undang-undang bagi kes ajaran sesat. Skop kajian adalah berkaitan tugas-tugas PPA dalam menjalankan operasi penguatkuasaan bermula dari aspek penerimaan aduan sehinggalah kertas siasatan diserahkan kepada pendakwa syarie. Objektif kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji peruntukan undang-undang jenayah syariah, tatacara dan cabaran penguatkuasaan bagi kes ajaran sesat di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dengan menggunakan metode temu bual secara semistruktur dan metode observasi di Bahagian Penguatkuasaan JA WI, serta menghadiri perbicaraan kes di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur. Peruntukan bagi kesalahan ajaran sesat ini dinyatakan dalam Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah-Wilayah Persekutuan 1993 dan prosedur menjalankan penyiasatan terhadap kes ajaran sesat yang dilaporkan. Selain itu, terdapat cabaran yang dihadapi oleh PPA JAWI dalam menjalankan operasi penguatkuasaan kes ajaran sesat seperti isu mendapatkan keterangan melalui bahan bukti khususnya dari alat telekomunikasi yang sukar dikesan. Selain itu, terdapat juga isu di peringkat pentadbiran, khususnya dalam ha! perjawatan PP A. Isu ini sangat berkait rapat dengan pengalaman dan kemahiran PPA dalam menjalankan operasi penguatkuasaan. Hasil kajian mendapati bahawa terdapat keperluan untuk melantik PPA dari jawatan di bawah skim Pegawai Hal Ehwal Islam (S41) kepada Pegawai Syariah (LS41). Selanjutnya, prosedur yang diperkenalkan kepada PPA perlu dikemaskini dari masa ke semasa, selain memastikan semua PPA JA WI dapat menghadam dan meningkatkan kefahaman mereka melalui kursus dan taklimat yang diberikan.

Note

Dissertation (M.A.) – Academy of Islamic Studies, Universiti Malaya, 2019.

Share

COinS