Date of Award

1-1-2019

Thesis Type

masters

Document Type

Thesis

Divisions

1

Department

Academy of Islamic Studies

Institution

Universiti Malaya

Abstract

Warga emas adalah merujuk kepada golongan tua yang telah lanjut usia dan telah mengalami perubahan dari sudut fizikal, psikologi, emosi dan sosial. Golongan ini sangat memerlukan layanan yang lebih berbanding dengan orang dewasa lain. Kewujudan pusat jagaan warga emas adalah usaha bagi memastikan golongan warga emas mendapat layanan yang sewajarnya sesuai dengan keadaan usia dan fizikal mereka. Banyak aktiviti yang dilakukan memerlukan khidmat bantuan daripada orang lain. Melalui metod analisis induktif, deduktif dan kualitatif, kajian ini bertujuan untuk mengkaji tentang layanan terhadap warga emas yang dipraktikkan di Unit Pelaksana Teknis Daerah (UPTD) Rumah Seujahtera Geunaseh Sayang Banda Aceh dan dibandingkan dengan pemahaman dalam perspektif hadith. Bagi kepentingan pengukuhan data yang diperoleh, metod temubual turut dilakukan dengan beberapa pegawai pentadbiran dan warga emas. Hasil kajian mendapati bahawa; [pertama]: terdapat beberapa hadith yang berkaitan dengan layanan warga emas yang diriwayatkan oleh beberapa perawi (al-Bukhārī, Muslim, Ibn Mājah, Sunan al-Tirmidhī, al-Nasā’ī dan Abū Dāwud), majoriti hadith-hadith tersebut berstatus ṣaḥīḥ, [kedua]: kewujudan rumah jagaan di Banda Aceh disebabkan oleh kepedulian sebahagian masyarakat dalam bertindak balas terhadap isu sosial warga emas dengan tujuan memberikan peluang hidup yang lebih baik dan dihormati selayaknya, [ketiga]: Unit Pelaksana Teknis Daerah (UPTD) Rumah Seujahtera Geunaseh Sayang telah membangun kaedah pelayanan dengan pendekatan berbagai disiplin ilmu sehingga memberikan perubahan hidup yang lebih baik dan signifikan bagi warga emas, [keempat]: bentuk layanan warga emas yang diaplikasikan di rumah jagaan ini bersesuaian dengan hadith Rasulullah SAW dan telah memenuhi etika layanan yang sewajarnya.

Note

Dissertation (M.A.) – Academy of Islamic Studies, Universiti Malaya, 2019.

Share

COinS