Date of Award
1-1-2019
Thesis Type
masters
Document Type
Thesis
Divisions
fac_eng
Department
Academy of Islamic Studies
Institution
Universiti Malaya
Abstract
Penasaban anak tak sah taraf kepada bapa biologi merupakan suatu yang bertentangan dengan fatwa dan juga Undang-undang Keluarga Islam di kebanyakan negeri di Malaysia. Justeru, kajian ini menganalisis konflik yang berlaku di antara keputusan fatwa dengan keputusan Mahkamah Syariah di Terengganu serta implikasinya yang menasabkan anak tak sah taraf kepada bapa biologi untuk urusan keduniaan. Hubungan antara institusi fatwa dan Mahkamah Syariah turut dibincangkan selain pandangan fuqaha terhadap status nasab anak tak sah taraf. Kaedah analisis kandungan dan metode komparatif digunakan terhadap ulasan penghakiman serta kertas-kertas kerja fatwa penasaban anak tak sah taraf bagi meneliti konflik yang berlaku. Hasil kajian mendapati keputusan mahkamah bertentangan dengan fatwa bahkan tidak sempurna dalam memberi penyelesaian terhadap maṣlaḥah anak yang menghadapi tekanan hidup kerana ternafinya nasab. Isu perwalian dan perwarisan yang tidak jelas dari sudut dokumentasi dan praktikal menyebabkan keputusan penghakiman perlu dirujuk semula agar memberi maṣlaḥah yang tepat terhadap isu penasaban anak tak sah taraf.
Note
Dissertation (M.A.) – Academy of Islamic Studies, Universiti Malaya, 2019.
Recommended Citation
Muhammad Mustafa, Kamarudin, "Analisis konflik di antara keputusan penghakiman anak tak sah taraf di mahkamah syariah Terengganu dengan fatwa di Malaysia / Muhammad Mustafa Kamarudin" (2019). Student Works (2010-2019). 6119.
https://knova.um.edu.my/student_works_2010s/6119