Date of Award

12-1-2018

Thesis Type

masters

Document Type

Thesis (Restricted Access)

Divisions

language

Department

Faculty of Languages and Linguistics

Institution

University of Malaya

Abstract

Kajian ini berfokus kepada penggunaan metafora di dalam novel Selancar Empat. Penggunaan metafora dapat mengindahkan penggunaan bahasa dalam karya sastera seperti novel, puisi, sajak, cerpen dan banyak lagi. Malah, penggunaannya dapat memudahkan penyampaian maksud yang hendak disampaikan (Newmark, 1988). Malangnya, ramai yang tidak memahami maksud yang disampaikan melalui metafora tersebut. Oleh itu, kajian ini berfokus pada metafora yang digunakan dalam novel Selancar Empat. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti jenis metafora dan mengkaji perselisihan maksud metafora antara penulis novel dengan responden. Kajian ini memanfaatkan teori metafora Peter Newmark (1988) bagi menganalisis jenis metafora dan perselisihan pemahaman metafora. Pengkaji menggunakan pendekatan kualitatif secara deskriptif untuk menganalisis data kajian. Pengkaji telah menggunakan borang klasifikasi metafora bagi menganalisis jenis metafora. Selain itu, pengkaji juga telah mentadbir soal selidik bersama responden, iaitu mahasiswa India Universiti Malaya yang tidak berlatar belakangkan kehidupan ladang. Tambahan lagi, pengkaji juga telah menjalankan temu bual separa terbuka dan soal selidik bagi mendapatkan penginterpritasian penulis novel terhadap metafora yang digunakan dalam novel tersebut. Kajian ini membuktikan bahawa hanya 4 jenis metafora dalam novel ini. Juga mendapati 65 peratus jawapan responden berbeza daripada jawapan penulis novel. Responden yang tidak mempunyai latar belakang ladang sukar memahami makna yang tepat bagi metafora yang dianalisis. Oleh itu, konteks, budaya, cara hidup, pemikiran manusia dan kepercayaan memainkan peranan penting dalam mewujudkan perselisihan makna antara penulis dengan responden.

Note

Dissertation (M.A.) – Faculty of Languages and Linguistics, University of Malaya, 2018.

9907-mala.pdf (1449 kB)

Share

COinS