Date of Award
8-1-2018
Thesis Type
masters
Document Type
Thesis
Divisions
5
Department
Academy of Islamic Studies
Institution
Universiti Malaya
Abstract
Penglibatan wanita dalam aktiviti backpack ini juga mempunyai hubungan yang signifikan dengan pensyaratan konsep mahram bagi wanita untuk bermusafir yang bertujuan untuk menjaga dan melindungi wanita. Justeru, kajian perpustakaan dan kajian lapangan telah dilakukan untuk mencapai objektif tersebut. Melalui kajian perpustakaan, pelbagai data dikumpulkan berkaitan konsep mahram bagi wanita bermusafir untuk menilai semula ‘illah dan pandangan para ulama klasik serta kontemporari berkaitan masalah ini. Kajian lapangan berbentuk temu bual pula dijalankan oleh pengkaji terhadap dua orang backpackers wanita solo serta menganalisis tiga buah buku bergenre travelog yang dihasilkan oleh informan untuk mengukuhkan data-data perpustakaan serta untuk memahami dan mendalami dengan terperinci tentang selok belok dunia golongan backpacker. Secara keseluruhannya, hasil kajian ini mendapati wujudnya pelbagai pandangan ulama klasik dan kontemporari berkaitan kelonggaran syarat musafir wanita tanpa mahram. Kepelbagaian pandangan ini seterusnya membuka ruang kepada ulama kontemporari untuk memberikan sedikit ruang kelonggaran kepada wanita untuk bermusafir dengan tujuan selain ibadah untuk wanita bermusafir tujuan belajar dan bekerja tanpa mahram dengan syarat yang ketat atas dasar keamanan dan keselamatan wanita. Maka, tahap kerelevanan mahram bagi wanita untuk melakukan aktiviti backpack ini turut berlandaskan kepada dasar yang sama, iaitu dasar keselamatan dan keamanan terhadap nyawa, maruah dan harta benda. Pelanggaran terhadap dasar-dasar ini membawa kepada hukum asal permusafiran wanita, iaitu dilarang sama sekali bermusafir kecuali dengan ditemani oleh mahram.
Note
Dissertation (M.A.) – Academy of Islamic Studies, Universiti Malaya, 2018.
Recommended Citation
Fatin Afiqah, Jamaludin, "Penglibatan wanita dalam aktiviti backpack menurut perspektif hukum Islam semasa / Fatin Afiqah Jamaludin" (2018). Student Works (2010-2019). 5809.
https://knova.um.edu.my/student_works_2010s/5809