Date of Award

4-1-2018

Thesis Type

masters

Document Type

Thesis (Restricted Access)

Divisions

cent1

Department

Cultural Centre

Institution

University of Malaya

Abstract

Muzik Melayu Asli merupakan sebahagian daripada seni muzik melayu yang dikategorikan sebagai muzik sosial dan popular pada sekitar tahun 1930an hingga 1940an. Secara umum, nilai estetika bagi Muzik Melayu Asli adalah terletak pada gaya penyampaiannya iaitu alunan melodi yang lembut dan syahdu, secara tidak langsung mencerminkan watak dan sifat kemelayuan yang lembut. Secara teknikal, alunan tersebut terkandung beberapa gaya asli yang disebut sebagai lenggok, gerenek, bunga dan air lagu dimana, menurut terminalogi muzik barat, ianya dikenali sebagai ornamentasi. Salah satu instrumen yang mampu menerokai gaya ornamentasi melayu asli yang menjadi fokus bagi kajian ini adalah instrumen violin. Sebagai kajian kes, Hamzah Dolmat dipilih berdasarkan kredibiliti beliau yang menampakkan dalam perkembangan Muzik Melayu Asli sehingga beliau layak digelar ‘Raja Biola’ bagi Muzik Melayu Asli oleh News Straits Times pada 11 Julai 1998. Kajian ini merupakan kajian muzikologi yang dijalankan secara penelitian kualitatif dimana ianya melibatkan manuskrip muzik, audio, bahasa serta serta simbol muzik barat melalui kaedah mendengar, transkripsi, temubual dan analisis bahan kajian. Lapan buah lagu melayu asli yang dimainkan oleh Hamzah Dolmat dipilih sebagai bahan kajian untuk dianalisis bagi mencapai objektif kajian. Hasil kajian ini telah mengklafikasikan gaya ornamentasi Hamzah Dolmat menerusi permainan violin beliau seiring dengan identiti yang sentiasa dijadikan sebagai bahan rujukan sehingga kini.

Note

Dissertation (M.A.) – Cultural Centre, University of Malaya, 2018.

8607-shareena.pdf (7424 kB)

Share

COinS