Date of Award

3-1-2018

Thesis Type

masters

Document Type

Thesis

Divisions

fac_eng

Department

Academy of Islamic Studies

Institution

University of Malaya

Abstract

Pengajaran Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) merupakan salah satu agenda penting dalam sistem pendidikan di negara kini. Guru merupakan individu yang paling berperanan memastikan hasrat ini tercapai. Justeru, kajian ini dijalankan untuk melihat persepsi guru Pendidikan Islam terhadap KBAT dan amalan pengajaran yang diamalkan oleh guru Pendidikan Islam dalam mengaplikasikan KBAT dalam pengajaran dan pembelajaran. Kajian tinjauan telah dijalankan kepada 130 orang guru Pendidikan Islam di zon Semenyih, daerah Hulu Langat, Selangor dan menemu bual tujuh orang guru Pendidikan Islam sebagai data sokongan kajian ini. Data dianalisis menggunakan perisian SPSS 23. Dapatan kajian menunjukkan guru-guru Pendidikan Islam mempunyai persepsi yang positif terhadap pengajaran KBAT dan mengamalkan KBAT semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Dapatan kajian juga menunjukkan wujudnya hubungan di antara persepsi guru Pendidikan Islam terhadap KBAT dengan amalan pengajaran KBAT. Dapatan juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan persepsi dan amalan yang signifikan berdasarkan pengalaman mengajar dan lokasi.

Note

Dissertation (M.A.) – Academy of Islamic Studies, University of Malaya, 2018.

Share

COinS