Date of Award
1-1-2018
Thesis Type
phd
Document Type
Thesis (Restricted Access)
Divisions
deptedu1
Department
Dept of Curriculum & Instructional Technology
Institution
Universiti Malaya
Abstract
Keamanan merupakan isu yang sering diperkatakan kebelakangan ini terutamanya yang melibatkan kepelbagaian budaya. Melalui pendidikan, keamanan dapat disampaikan kepada semua peringkat terutamanya kanak-kanak yang merupakan pewaris generasi akan datang. Kajian ini bertujuan untuk membina sebuah Model Kandungan Kurikulum Pendidikan Keamanan Berasaskan Pelbagai Budaya untuk Kanak-kanak Prasekolah. Kajian ini menggunakan kaedah kajian reka bentuk dan pembangunan yang diperkenalkan oleh Richey dan Klein (2007). Kajian ini dibahagikan kepada tiga fasa iaitu fasa analisis keperluan, fasa reka bentuk dan pembangunan serta fasa implementasi dan penilaian. Fasa analisis keperluan bertujuan bagi mendapatkan tahap keperluan 200 orang guru prasekolah terhadap pembinaan model dan isi kandungan model melalui soal selidik yang diedarkan. Fasa kedua bertujuan bagi mengumpulkan elemen melalui temu bual bersama enam orang pakar dan seterusnya membina model melalui kaedah Nominal Group Technique (NGT) dan Interpretive Structural Modeling (ISM) bersama lapan orang pakar yang dipilih. Fasa terakhir kajian bertujuan bagi mendapatkan nilai kesepakatan 50 orang pakar (guru prasekolah) terhadap kesesuaian dan kebolehgunaan model melalui kaedah Fuzzy Delphi (FDM) berdasarkan soal selidik. Dapatan fasa pertama menunjukkan responden memerlukan pembinaan model dan isi kandungan model berdasarkan nilai min masing-masing iaitu 4.2879 dan 4.2480. Sebanyak 26 elemen telah dipersetujui oleh pakar terlibat bagi pembinaan model dalam fasa kedua. Dapatan fasa terakhir iaitu fasa implementasi dan penilaian pula menunjukkan pakar sepakat sangat setuju terhadap kesesuaian dan kebolehgunaan model apabila nilai kesepakatan (defuzzification) yang diperolehi berada dalam julat 33.6 hingga 46.8. Model yang dihasilkan boleh dijadikan sebagai garis panduan dalam pembinaan kajian lanjutan seperti pembinaan modul pendidikan keamanan, penambahbaikan kurikulum pendidikan terutamanya di Malaysia, penggunaan sampel berlainan, sektor perkerjaan berlainan dan kajian berbantukan teknologi seperti senario terkini pendidikan.
Note
Thesis (PhD) – Faculty of Education, Universiti Malaya, 2018.
Recommended Citation
Noor Amy Afiza, Mohd Yusof, "Pembinaan model kandungan kurikulum pendidikan keamanan berasaskan pelbagai budaya untuk kanak-kanak prasekolah / Noor Amy Afiza Mohd Yusof" (2018). Student Works (2010-2019). 5285.
https://knova.um.edu.my/student_works_2010s/5285