Date of Award

1-1-2018

Thesis Type

masters

Document Type

Thesis

Divisions

fac_law

Department

Academy of Malay Studies

Institution

Universiti Malaya

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti konseptual Norsiah Abdul Gapar yang terdapat dalam tiga puluh dua cerpen yang diterbitkan sepanjang 1984 sehingga 2012. Semua cerpen ini merupakan cerpen-cerpen yang diterbitkan dalam antologi cerpen Hidup Ibarat Sungai (1987), antologi cerpen Bunga Rampai Sastera Melayu Brunei (1984), antologi cerpen Awan Putih Berarak Damai (1988), Kumpulan cerpen Tsunami Di Hatinya (2009) dan lima buah cerpen dalam majalah Bahana terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, Brunei sepanjang tahun 2010 sehingga 2012. Teori Konseptual – Kata Kunci yang diperkenalkan oleh Mohamad Mokhtar Abu Hassan telah diaplikasikan dalam kajian ini. Dengan menerapkan Teori Konseptual - Kata Kunci ini, sebanyak 32 cerpen dianalisis untuk mengenal pasti konseptual Norsiah Abdul Gapar berhubung dengan konsep kemiskinan dan konsep perjuangan. Hasil daripada kajian yang dijalankan, membuktikan bahawa pengaruh penghasilan karya-karya Norsiah Abdul Gapar itu dipengaruhi oleh latar belakang Norsiah Abdul Gapar terutamanya dalam perkara-perkara yang berhubung dengan konsep kemiskinan dan konsep perjuangan. Dalam konsep kemiskinan, bentuk kemiskinan itu dikaitkan dengan kemiskinan yang berbentuk fizikal. Manakala, dalam konsep perjuangan, perjuangan itu dikaitkan dengan perjuangan kaum wanita. Justeru itu, konseptual Norsiah Abdul Gapar itu banyak dipengaruhi oleh unsur-unsur ekstrinsik seperti latar belakangnya, pendidikan, budaya, kerjayanya, kepercayaannya, pengamatannya, ideologinya dan sudut pandangannya sebagai seorang penulis wanita. Secara kesimpulannya, teori Konseptual - Kata Kunci ini berjaya menganalisis konseptual Norsiah Abdul Gapar melalui karya-karyanya.

Note

Dissertation (M.A.) – Academy of Malay Studies, Universiti Malaya, 2018.

Share

COinS